Hi gaisssss,
Rasa dah lama tak menaip. That awkward feelings hmmm. Sebenarnya banyak gilaaaaaaa nak update. Tapi tu la busy memanjang. Trip travel ke Pulau Sibu, Mersing Johor bersama hosmet tersayang pun save dalam draft. Dari haritu tak publish2 ish ish masyaAllah. What happened to you dya wake up dont be such lazy person huh! Ok then, whtever.
Ya our next journey is Bukit Kutu. Siapa yg duduk area Hulu Selangor mesti biasa dengar Bukit Kutu. Bukit Kutu terletak di......................... Sabah. Cet,tipu je huhuhu. Bukit Kutu terletak di Kuala Kubu Bharu berdekatan petempatan Orang Asli di Kampung Pertak dan menjadi tumpuan hikers selain Broga Hills & Bukit Tabur. Gaiss, siapa yg berangan nak hiking mana2, please prepare yourself *perli diri sendiri sebab tak prepare*. Sediakan payung sebelum hujan. Susah2 dahulu, senang2 kemudian. Haaaaaaa sebabnya track dia kau ingat mcm nak hiking Broga Hills? Kau ingat senang ke? Cehh padahal tak penah hiking Broga hills lagi kahkahkah. Org yg power adalah org hiking mountain2 susah dulu baru balun mountain/hills yg senang2 kahkahkah. Setakat Broga Hills apalah sgt *riak*
Sebelum iolls belanja view permandangan indah dkt Bukit Kutu, meh sini nak share sejarah Bukit Kutu. Buku Kutu ni dahalunya dikenali sebagai Treacher's Hill. Dekat sini ada kesan peninggalan sejarah sewaktu pemerintahan zmn British. Bukit Kutu ni dulu telah dijadikan stesen pemantauan tentera British tapi ia terbengkalai mcmtu sajaaa. Sebab? Tempat ni pernah dibom oleh Tentera British ketika Perang Dunia Kedua (sumber : Google). Thats why kiteorang terjumpa monumen lama. Salah satunya bekas cerobong asap dan perigi lama.
Hiking kali ni kiteorang bertiga. Aku, Apan & Shazriq. So disebabkan aku takde transport,aku kena pergilah tempat dorang huhu. Pukul 5.30pagi dah bertolak dari rumah and abah drop sampai LRT Bukit Jalil. Then exchange to KTM dri Bandar Tasik Selatan ke station Kuang.Then budak2 ni pickup naik kereta menuju ke Kuala Kubu Bharu. Perjalanan lebih kurang sejam lebih tak silap. Kiteorg sampai sana dalam pukul 8 lebih. So from starting point kiteorg hiking start pukul 9pagi. Baru ingat nak layan sunset dekat puncak sobsob. Kitaorang semua first time hiking sini and memang takde guide so kasi redahhhh. Kitaorang day hike je. Tak camping, maybe next trip camping insyaAllah. Ada yang cakap Bukit Kutu ni nama je bukit, tapi gaiss ketinggian dia setaraf dgn gunung iaitu ketinggian 1053 meter bersamaan 3456 kaki dari paras laut. Tinggi kan? And one more gais kalau korang nak hiking dkt sini, korang kena redah 9 checkpoint. Haaa takut tak, takut tak? Belanja view time, so here we go!
view before starting point. Cantik kan? SubhanaAllah |
Then jumpa jambatan ni. Dalam 5 minit berjalan. (sumber ; Google) |
On the way to first checkpoint! |
Simpang Y - (Sumber : Esham)
Actually dekat sini ada dua track iaitu Lata Medang dan Bukit Kutu di mana sampai je simpang Y track sebelah kiri menuju ke Air Terjun Lata Medang and track sbelah kanan menuju ke Bukit Kutu. Jgn korang salah jalan pulak. Pahe ke dok?
From starting point, trek permulaan rata sahaja. Lepas je jambatan pertama ada jambatan yg kedua (tiada dalam gambar). Sebenarnya zaman dlu2 ada jambatan tapi dah roboh. Yg tinggal hanya base je. Part kat sini gua cuak sebab kena jalan mengiring sebab kalau tak berhati2 boleh jatuh dalam sungai. Then, dah start trek hutan and kena redah 3 buah sungai kalau tak silap. Tips : jimatkan air & bawa barang yg perlu sahaja.
Jalan sini mmg penuh mencabar. Banyak buluh melintang.Kena tunduk #adventure
Perjalanan diteruskan
abam baju merah posingggg maut
kalau nmpak sign ni maknanya korang berada dkt laluan yg betul
ni la cerobong asap yang dikatakn pernah wujud pd zaman British dulu
finally kitaorang dah sampai puncak! Nak sampai puncak kena naik tangga ni. A little bit 'gayat' hmm
atas ni sumpah gayat tak tipu laaaaa
Seriusly dekat puncak atas batu ni open air. Tak ada tali ke apa-apa. Kiranya dekat peak atas batu tu boleh muat 2-3 orang je. Kalau jatuh memang terus ke gaung sebab takde tali langsung. So be extra careful ok bila dekat atas. And hiking kali ni betul2 best sebab track dia yg sedikit mencabar. Lebih kurang 4 jam kitaorg sampai puncak *campur rehat, amik nafas kehkeh. Dari pukul 9pagi kitaorg start hiking, alhamdulillah sampai puncak dalam pukul 1ptg. Then, rehat sambil amik gambar view dekat puncak. Dalam pkul 3ptg kitaorg start turun sebab hari pun nak hujan. Nak hiking punyalah smpai 4 jam, bila turun laju je hahahah dalam 2-3 jam sbb dah recharge energy dkt atas hikhik. So,total hiking kali ni dalam 9-10 jam. Then, bila nak turun was quite challenging sebab curam dan licin. Banyak kali gak tergolek bersalut lumpur. Then akhirnya kitaorang nampak sungai bdekatan dgn starting point. Lega sangat bila dapat jumpa sungai. Then kitaorang mandi dalam 45 minit gitu. Then, dah nak sampai dekat kereta hujan lebat gilaa. Then kitaorg cepat lari masuk dalam kereta. Longgar wehh lutut badan lepastu haha. At that time dalam pkul 6.30 kitaorang bertolak balik rumah masing2. Such a tired day but i got the best experience i ever had! Tq for reading. Semoga post ni menjadi panduan untuk hikers yg nak try pergi sini! Jumpa next post, insyaAllah. Much love <3
p/s : siapa cakap perempuan tak boleh hiking?