Sihat Menawan Dengan H2O
Assalamualaikum semua! *muka excited
Pernah dengar tak statement kalau nak sihat kenalah minum air atau dikenali sebagai H2O (dalam bahasa chemist hehew) at least 8 gelas air dalam satu hari. Gila tak gila 8 gelas. Nak minum satu gelas pun belum tentu minum. Kalau zaman sekolah rendah dulu ayah siap beli botol air (cartoon hello kitty). Konon bila anak dia minum air rasa semangat sikit *okay ini tipu. Tapi seiring dengan perkembangan teknologi, faktor usia semakin meningkat. Apabila melangkah masuk sekolah menengah, aku paling menyampah kuasa dua bila mak aku suruh bawak botol air besar gedabak pergi sekolah. Tak style la bawak botol air besar2, macam bebudak. Tapi bila dah dahaga dalam class baru menyesal sebab tak dengar cakap mak *insaf sekejap. Kalau singgah kantin dalam banyak2 air, air sirap jugak yang jadi pilihan. Lagi best sebab sejuk hee bila sampai anak tekak perghh pergh lagi-lagi waktu tengahari. Air mineral dekat nun hujung meja pandang sebelah mata je hahaha *kejam tak kejam. Inilah mentaliti kita, tapi tu dulu la.
Dan sekarang ni aku nak praktikkan minum air banyak2. Sometimes air mineral tu macam keperluan. Even nak pergi class tuition dalam beg wajib ada air mineral. Manalah tahu mengantuk datang tanpa diundang. Air dalam badan kan fungsinya untuk mengangkut oksigen dan garam mineral ke seluruh badan. Senang cerita, air la yang circulated dalam body kita. Tak kira la time tu mood kau happy ke? sedih ke? Bila stress capai air mineral & keep calm of yourself. But sekarang ni bila tak ada air, aku akan rasa dehydrated. Macam sehari tak cukup energy, rasa nak pengsan, muntah-muntah *okay tipu. Konklusinya, air ni sangatlah penting. Tak percaya? Jom!
Tapi kan hmm kenapa ya kita kena minum air secukupnya ?
- Bila kita dah minum air masak banyak2 sudah tentu ia akan keluar melalui air kencing/peluh. So automatik toksid dalam badan pun keluar sekali dan badan menjadi neutral kembali. Badan pun sihat so tak salah kan kalau nak praktikkan in our daily life? *pls pls angguk
- Seterusnya hmmm percaya tak dengan minum banyak air boleh menguruskan berat badan? Sebab apa? Sebab bila kita minum air banyak, kita boleh menahan lapar. Kalau nak tahu 85% otak adalah terdiri daripada air. So bila otak perlukan air, dia akan hantar isyarat DAHAGA dan kalau kita asyik bagi badan minum air manis otak akan hantar isyarat LAPAR sebab sel otak perlukan air yang bersih dan segar untuk terus berfungsi dengan baik.
- Lagi lagi? Hmmmm minum air secukupnya juga boleh buat kulit kita cantik, mulus, tulus, halus dan seangkatan dengannya seperti Snow White. Sebab berbalik pada basic, minum air banyak boleh buang toxic and waste products.
Saya tak suka minum air kosong tapi saya nak jadi cantik dan sihat? Any tips ?
Tipsnya ialah cuba korang praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari. Semuanya bermula dari diri sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan hoho. Tapi kena istiqamah la, jangan la buat hari ni esok dah tak buat dah. Tips ni sesuai bagi yang tak suka minum air kosong. Bolehla ya mencuba di rumah hee selamat mencuba!
1) Okay firstly minum 2 teguk setiap 10 minit dari 7pagi hingga 7malam. Hahaha tu pun kalau korang rajin pergi ke dapur setiap 10minit. Dalam masam yang sama anda exercise sekaligus mengeluarkan peluh walaupun dapur tu dekat je. *Hasilnya korang akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut.
2) Seterusnya masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa kali korang minum. Tak percayalah cuba la. *Jika botol besar semangat mudah luntur kihkih
3) Selalu practise nak pergi mana-mana bawak air mineral. Even ke pasar malam. Mindset dalam diri "aku nak sihat jadi kena minum air banyak2" .Lepastu kalau takut terlupa buatlah alarm clock, stick note dekat diary ke or reminder dekat phone ke? Yaaa *hasilnya bila belajar chemist korang terus teringat air mineral bila jumpa equation H2O heheww (tak ada kaitan).
4) Tanamkan sikap "hari ini lebih baik dari semalam". Kalau dalam masa sehari korang minum seliter je air atau kurang, cuba tambah seidikit demi sedikit. Barulah nampak tak banyak tapi sebenarnya kita dah minum banyak air right? *ini saikology okay? dalam hidup ni saikology sangatlah penting (tetiba).
Fakta:
Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air
*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian
*model tidak berbayar. Sila abaikan tudung yang senget.
Marilah bersama-sama sihat dan menawan dengan meminum banyak air. Pesanan khidmat masyarakat dari D'ya Marshmello xoxo
0 marshmallow komen