Petua Kesihatan Diri
Hello guys...Miss D'ya ingin bkongsi entry gempak sekali yg tentu anda di luar sana ingin sntiasa cantik ,menarik,tertarik ko memang da bOOm..!! hahaha.. Okeh, tips ni Miss D'ya amalkan dan ada yang Miss D'ya usha kat majalah kesihatan.! Petua org dulu2 jgn dilupakan taw!! Walau zaman skg serba moden..Hope entry kali nie membantu u allz...Keep readings!
Bagi remaja yang berhadapan masalah jerawat halus, ambil dua sudu tepung ubi dan campurkan dengan air asam jawa..Biarkan pekat dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam..Sebelum tidur, sapukan di muka sebagai topeng.. Selamat mencuba.!!!
Merawat kaki berbau
Cara merawat kaki berbau mudah sahaja..Ambil serbuk tawas dan simpan di dalam stoking atau taburkan di dalam kasut..InsyaAllah, pasti tidak akan berbau lagi..Selamat mencuba.!!!
Atasi sakit lutut
Untuk mengurangkan kesakitan lutut, ambil beberapa helai daun pudina..Ramas bersama bancuhan bedak sejuk..Sapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama..Selamat mencuba.!!
Daun peria redakan batuk
Jika anda menderita batuk, ambillah beberapa helai daun peria..Tumbuk daun ini dan campurkan dengan air dan diperah..Minum air peria ini tiga kali sehari..Ia akan membantu menyembuhkan batuk..Selamat mencuba.!!
Air teh serikan wajah
Impikan wajah yang berseri..?? Rendamkan air teh semalaman kemudian sapukan pada muka anda keesokan harinya sebelum mandi pagi..Lama- kelamaan kulit muka yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri-seri..Selamat mencuba.!!!
Hilangkan bintik hitam di wajah
Bagi mereka yang mempunyai masalah bintik hitam di muka, atasinya dengan amalan petua ini..Cuci 10 helai daun pegaga dengan air garam..Tumbuk halus, kemudian campurkan daun pegaga itu dengan bedak sejuk dan sedikit air suam..Sapukan pada wajah setiap malam..Selamat mencuba!!
Bibir merah bak delima merekah
Pasti ramai wanita mengimpikan bibir yang halus tanpa kulit kering dan kesan hitam pada bibir..Untuk mengatasinya, berus bibir secara perlahan setiap kali memberus gigi..Hasilnya bibir lebih merah semulajadi..Selamat mencuba.!!
0 marshmallow komen