Operasi Make-up Header Blog Besar-Besaran :)
Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua? Harap semua baik-baik sahaja.D'ya kini baru je selesai membuat pembedahan blog di mana D'ya Marshmello menukar header yang baru! Ya, serius ini kali pertama D'ya berpuas hati dengan hasil tangan D'ya sendiri. Selama ini jeles bila tengok header orang lain, rasa jemu asyik ngadap header lama je kan? Kadang-kadang bila kite create header sendiri, kepuasan tu pasti kita akan kecapi.Maybe sesetengah blogger lebih suka tempah header and edit blog daripada blogger lain, but kalau D'ya lebih suka edit sendiri even masih tak pandai nak edit sehebat Photoshop CS5.So, dengan rasminya D'ya ingin memperkenalkan header baru buat julung kalinya sempena follower D'ya yang mencecah 1000 lebih.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarrraaaaaaa.... :)
![]() |
sila zoom kalau rasa diri tu rabun ayam. kehkehkeh :P |
Minta maaf sangat kalau header yang baru ini tak cantik dan menyakitkan mata you all.Sebenarnya D'ya suka edit yang simple-simple je, karang kalau banyak sangat bubuh gambar tak ke semak mata memandang (hiperbolanya ayat aku ni). D'ya edit semua ini guna software Photoscape dan Gimp2 je. Macam aku katakan tadi, D'ya tak adalah sehebat blogger lain yang edit guna Photoshop CS5.
Dalam proses edit header ini agak pening jugak la nak letak gambar apa, effect, nak guna font apa yang sesuai, trademark blog dan macam-macam la. Bukan senang tau nak edit header, rasa nak pecah woo pale hotak ni.Macam D'ya cakap tadi, selepas edit kiter mesti rasa puas dengan hasil tangan kita even header tak cantik mana pun, yang penting adalah KEPUASAN !
Resepi Header D'ya Marshmello
Waah, header blog pun ada resepi jugak ke? Memang hebat dan gempak. Okay, jom lihat proses D'ya mengedit header kali ini.
Rasanya itu sahaja kot proses D'ya hasilkan header ini.Harap harap bermanfaat untuk you all.Kalau ada yang lagi hebat dalam bab edit-mengedit tu, silalah tunjuk ajar kerana saya budak baru belajar.Heheheh :)
p/s : happy blogging !
6 marshmallow komen