10 Perkara Lelaki Perlu Peka Tentang Wanita

by - 9/16/2011 04:07:00 PG



Entri kali ini berkisarkan tentang 10 perkara lelaki perlu peka tentang wanita. Mungkin ada yang rasa aku ni minah jiwang sebab selalu post benda-benda merepek ni.Tapi kita sebagai manusia perlu ambik tahu bab-bab ni.Lebih-lebih lagi untuk kebaikan kita tak kira bila kita dah beranak-pinak nanti apa perkara perempuan tak suka berdasarkan pengalaman aku sendiri.


Mungkin sekarang aku dikatakan silap menilai pada masa itu.Dan dengan itu la aku bangkit untuk teruskan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.Orang cakap 'belajarlah dari pengalaman yang lepas'.Mungkin dia rasa bahagia dengan hidup dia.Oh mungkin dia tidak tahu kisah silam aku yang banyak menangis sebab lelaki dulu.Itulah manusia.

All about women :)

 Wanita sukar untuk mencari perkara yang dibencinya terhadap seseorang yang sangat disayanginya. (aku sokong sangat statement ini dan sebab itulah ramai wanita yang PATAH HATI apabila hubungannya terputus di tengah jalan ).

 Sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.Lelaki tak sama macam perempuan, itulah hakikatnya.

 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.Bukan perempuan je rasa, lelaki pun akan bengang giler bila tengok awek dia serius semacam je.

 Wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu pujian.

 Wanita ni suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.So, wanita juga boleh menangis saat hatinya hancur even dia tak tunjukkan depan orang yang disayanginya.

 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini TIDAK BERGUNA. Kata-kata macam itu even nampak ringan tapi susah untuk diterima oleh perempuan.

 Jika seseorang wanita itu memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab die memang tidak berminat denganmu.Memang annoying gila la kalau orang yang suka paksa-paksa ini.

 Jika kamu menyukai seseorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya kepercayaan. (sokong sangat-sangat statement ni).

 Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Untuk lelaki, jangan senyum sembarangan kepada perempuan ye lebih-lebih kalau sedar diri tu dah berpunya ( haha, ayat kasar kot! Jangan terasa kehkehkeh :P ).

 Bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan CAIR seperti CHOCOLATE.Wow, so sweet la :)



Terliur bila tengok coklat and aku paling suka time dia bagi hadiah coklat. Suka sangat-sangat and i love chocolate very much! Urm, semoga tips ini memberi manfaat.

p/s : setuju? feel free to drops your comments below.Happy blogging =)

Photobucket

You May Also Like

4 marshmallow komen

Instagram