Tips Aturan Pada Pertemuan Pertama

by - 7/06/2011 05:08:00 PG

Jaga jarak
Dalam pertemuan pertama, tiada istilah terlalu mesra atau manja.Anda harus menjaga perlakuan kerana penilaian akan dibuat berdasakan perlakuan anda. Kalau pada pertemuan pertama anda sudah mula merapatkan tubuh dengannya dia akan mempunyai tanggapan anda berniat jahat.Sebaliknya, biarlah dia berasa selesa dan barulah rasa cinta itu akan datang.

Jangan menyentuhnya
Di zaman moden ini, pemikiran lelaki mahu perempuan agak terbuka.Namun awas, ada batasan yang perlu anda jaga.Jangan sesekali memeluknya, memegang atau menyentuhnya pada pertemuan pertama.Dalam pertemuan pertama biasanya pasangan mahu saling mengenali diri, keluarga, apa disukai dan sebagainya.Cuba menyentuhnya pada pertemuan pertama memberi gambaran anda ada niat jahat pada dirinya.

Jangan gelabah 
Tidak dinafikan, ramai lelaki yang terlalu gelabah bertemu kali pertama.Kala ini, ada saja yang benda yang ingin disentuhnya, dipegang atau melakukan pelbagai gerakan semata-mata mahu menutup rasa gelabah itu.Sebaliknya, yakinlah dengan diri anda sendiri.Biar terlihat di matanya anda seorang lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat sebagai pelindung.

Elak terlalu jadi burung belatuk
Wanita mendambakan lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalah mereka.Bagi mereka, pendengar yang baik adalah orang yang mampu memberikan kata-kata perangsang di saat mereka memerlukan anda.Justeru itu pada pertemuan pertama, jangan terlalu banyak mengangguk kepala.Walaupun anda mahu memperlihatkan anda faham tentang apa yang diceritakan namun kalau terlalu banyak sangat mengangguk anda kelihatan seperti burung belatuk.

Ikuti topik
Kadangkala lelaki mahu tunjuk pandai seolah-olah hanya mereka saja yang berpengetahuan luas tentang sesuatu perkara.Justeru itu, mereka akan terlau banyak bercakap dan kadangkala bercakap di luar topik.Tahukah anda, kalau anda berbicara di luar topik,anda kelihatan jengkel di matanya.Jadi, bercakaplah bila perlu dan ikuti topik yang diperbincangkan. 

Bertanya soalan terlalu peribadi
Tidak dinafikan, semakin kita meminati seseorang, kita akan cuba menyelami segala kisah hidupnya.Namun awas, jangan sesekali anda bertanyakan soalan yang berbaur peribadi tatkala pertama kali anda berbual dengannya.Cukup sekadar anda mengenali dirinya kerana anda punya banyak masa untuk lebih mengenalinya pada masa akan datang.Terlalu bertanya soal peribadi akan kelihatan seperti anda suka menjaga tepi kain orang.Biarkan dia bercerita kisah hidupnya tanpa ada sebarang paksaan.Biasanya apabila sudah ada keserasian, mereka tanpa ragu-ragu akan bercerita.


Photobucket

You May Also Like

0 marshmallow komen

Instagram