5 Barang Pilihan D'ya Marshmello

by - 7/03/2011 12:44:00 PG

Selama ni D'ya hanya berkongsi entri berkisarkan tips-tips cinta mahupun kehidupan,sekarang D'ya ingin berkongsi entri santai iaitu senarai 10 barang pilihan D'ya Marshmello dan semestinya barang yang menjadi pilihan D'ya yang super duper cute! Ayuh,jom terjah apa agaknya barang pilihan D'ya Marshmello yea?
Camera Nikon COOLPIX 500
 
Dah lama D'ya idam-idamkan camera digital macam jenama Nikon COOLPIX P500, alangkah bestnya kalau dapat camera ni.D'ya tertarik dengan camera ini sebabnya walaupun ia bukan kategori kamera digital berkuasa besar seperti DSLR, namun camera ini tetap mempunyai fungsi dan kehebatan sendiri. Antara kelebihannya ialah memiliki 36x zum optikal dan 4x zum digital, skrin monitor bersaiz 3 inci, resolusi 12 megapiksel dan seberat 494gram sahaja. Wah, harganya hanya kurang RM 1,500 pasti D'ya akan miliki suatu hari nanti.
Novel keluaran PTS One Sdn.Bhd

Jom kita layan novel waktu cuti-cuti hujung minggu ini.Kalau D'ya punya masa terluang selain melayari internet, D'ya suka baca novel santai yang berkisarkan kisah remaja atau kisah cinta (eyyeew, romantik la konon).Pastinya novel pilihan D'ya dari genre cinta menjadi pilihan walau hakikatnya tak pernah nak merasa apa itu cinta sejati? Kuikukiu,hehe sesekali melayan perasaan apa salahnya.Apa yang pasti tak rugi tau baca novel ni atau mungkin juga kita boleh buat koleksi? Tak gitu?
Cincin Couple
 

Wah cincin couple ni memang menambat hati D'ya teutamanya bila dapat hadiah cincin couple dari orang tersayang.Sweet gitu! Walaupun rekaannya agak ringkas tetapi cincin ini cukup bermakna jikalau kamu dan si dia memakai ketika keluar untuk pergi menonton wayang.Wow,like sweet couple.Huhu, walau hakikat tak pernah dapat cincin ini,tapi cincin ini cukup comel dan super duper cute ;)
Kasut tinggi (high heels)
 

Kasut tinggi menjadi koleksi bagi si gadis pada zaman era yang semakin moden ini.Jadi D'ya juga tak terkecuali untuk mengumpul kasut tinggi.Cute sangat tahu tak? D'ya sukakan high heels dari jenama MOD.Pelbagai pilihan yang super dute cute.Hurmm,kalau D'ya dapat kumpul koleksi kasut tinggi ni,secara tak langsung lepas ni senang je kalau ada apa-apa majlis besar dan hanya gayakan kasut pilihan kamu.Pasti mata semua orang tertumpu pada kasutmu yang 'comel' itu. ;P
Aiskrim Baskin Robbins! Yummmy :P

Selain itu senarai barang pilihan D'ya Marshmello ialah aiskrim! Aiskrim bukan sahaja lazat dan enak dimakan ketika cuaca panas, tetapi tak kira waktu dan kadangkala D'ya teringin juga hendak menikmati aiskrim Baskin Robbins yang sedap hingga menjilat jari.Makan aiskrim sewaktu fikiran bercelaru merupakan pilihan D'ya.Boleh la release tension sekali sekala kan? Kalau bercerita perisa aiskrim favourite D'ya pula semestinya aiskrim perisa coklat, strawberry dan vanilla.Memang mashyyukkkkkk!


Haa? Dah tahu barang pilihan D'ya untuk bulan ni.Tak salah kan untuk kita senaraikan barang pilihan kita.Mana tahu salah satu impian you all menjadi kenyataan.Tak gitu? Jadi,apa tunggu lagi.Senaraikan pula 5 barang idaman kamu?


Photobucket

You May Also Like

2 marshmallow komen

Instagram