Beli Camera DSLR Kerana Trend Atau Bakat?
Firstly D'ya mintak maaf sebab tak dapat blogwalking blog korang oleh sebab exam percubaan PMR makin hampir dan D'ya perlu membuat persiapan sebaik-baiknya.And i'm so sorry pada yang request tutorial kat D'ya, nanti lepas habis exam D'ya akan tunaikan okay.Okay okay cukup! Pernahkah korang terpikir adakah seseorang yang membeli camera DSLR disebabkan trend atau bakat yang ada dalam diri seseorang itu? Berbalik pada topik kita hari ini,bukan semua trend kita boleh ikut.Dulu D'ya tak pernah pon tengok orang usung DSLR merata-rata.Namun siapa sangka zaman berubah terlalu cepat seiring dengan perubahan teknologi, makin ramai pulak yang pakai DSLR dan tak boleh belah bila sesetengah budak zaman sekarang yang kononnya hot mengusung DSLR.Persoalannya sekarang ni adakah mereka yang membeli camera DSLR kerana bakat atau trend semata-mata?
Adakah beli camera DSLR kerana bakat atau trend?
D'ya mintak maaf kalau entri ni menyinggung perasaan sesiapa.Tapi tak salahkan memperbetulkan apa yang salah? Rasanya tak salah kalau nak beli DSLR, lagipun itu hak dorang kan.Tapi yang D'ya paling hairan ada segelintir dari mereka hanya ingin dapatkan gelaran 'photographer' tapi mereka ini lebih kepada editing photo/after effect jer.Apabila tengok budak sekarang kehulu-kehilir gantung DSLR, just nak ikut trend la.Tapi hakikatnya bila tengok gambar yang ditangkap hampeh, composition lari, warna lari dan setting teruk.Sampai ada yang edit blur (motion/lens) dalam komputer, bukan main dengan fungsi shutter/aperture.
Ada duit je beli DSLR, camera beribu-ribu tak termasuk lens 3 ketul.Pada pendapat D'ya la tak salah nak pakai DSLR, tapi biarlah berpada-pada.Macam D'ya la, D'ya minat sangat dalam bidang photography sebab D'ya suka tangkap gambar sambil pose ala-ala model (chewaaah,perasan jela kau ni kan?), tapi impian D'ya before nak beli camera DSLR, D'ya akan pastikan D'ya ada bakat dulu.Maksudnya D'ya nak berjinak-jinak dengan camera digital yang biasa-biasa dulu, and bila dah mahir tu boleh la berjinak-jinak beli DSLR bila dah besar nanti.Haa, time tu boleh la tunjuk skill.Barulah dikatakan hebat? Tak gitu?
Bagi D'ya sekarang DSRL lebih kepada trend je.Maksud D'ya tak semua orang yang menggunakan DSLR hanya kerana trend semata-mata, ada juga beli kerana bakat yang terpendam.Adakah sebab kerja dalam bidang photography pro memang memerlukan DSLR? Atau memang minat atau hobi yang mendalam dalam bidang ini dan yang paling penting 'quality is the best than quantity'. Bukan ianya sekadar trend semata-mata.Bukan orang lain ada camera DSLR, dia pon sibuk nak ada camera DSLR.Kalau seorang ada, mesti dia pon nak ada jugak.Dan D'ya tak paham kenapa orang yang DSLR menggelarkan diri mereka photographer padahal baru je beli? So, kalau orang yang beli camera digital biasa-biasa tu bukan camera jugak ke? Fungsinya sama je kan untuk tangkap gambar kan? Sekarang kalau pakai camera compact kecik orang hanya pandang sebelah mata je.Cuba gantung DSLR kat leher, sure kalau nak pergi mana-mana jadi perhatian padahal pinjam je pon.Hahahahaha.Last-last bila tak minat terus dibiarkan habuk.Tak ke rugi? Kalau jual pon berapa la sangat yang dapat.Buat pengetahuan korang harga sebuah DSLR yang murah pun mencecah RM1500.Itupun kalau model paling basic dan second-hand punya ;)
Tahukah anda skill and knowledge menentukan siapa dorang tuh sebenarnya?
p/s: Mungkin dalam masa 10 tahun akan datang, D'ya teringin nak ada DSLR sendiri.Of course sebab D'ya Marshmello minat okay, bukan sekadar trend semata-mata.Pendapat anda bagaimana? Luahkan pendapat korang di ruangan komen.See you.Assalamualaikum ;)
31 marshmallow komen