Bila Lelaki Masuk Dapur?
gambar memerli para pompuan zaman sekarang :P |
Hotnya tajuk entri kali ini, mengemparkan dan menggegarkan jiwa sesiapa termasuk aku sebagai seorang perempuan.Tergugat iman mak tau, haha.Kali ini meh berdebat sama D'ya Marshmello antara lelaki dan perempuan sapa lagi pandai bab-bab memasak ni?
Lelaki yang pandai memasak ini merupakan satu anugerah dan kelebihan dan tidak semua lelaki itu pandai memasak atau senang dikategorikan seorang lelaki yang rajin masuk dapur.Cayalah, memang aku respect lelaki macam ini. Sejuk hati mak mentua la katakan bila dapat menantu yang pandai memasak. Alahaiii...
Eh, tidak disangka zaman sekarang pekerjaan chef dimonopoli oleh lelaki tau. Contohnya macam Chef Wan dan Chef Ismail.Jarang la tengok perempuan jadi chef.Macam ayah aku cakap, selalu lelaki memasak sedap dan kadang-kadang terer mengalahkan perempuan.Tergugat hati aku bila dengar statement macam tu.Berbeza pula dengan persepsi ibu bapa pada zaman ini.Hari ini memasak merupakan satu keperluan asas kedua-dua jantina tak kira lelaki mahupun perempuan.
Korang rasa adakah bidang masakan hanya sesuai untuk wanita? Dunia hari ini dikuasai dengan golongan yang berkerjaya.So, dua-dua perlu belajar memasak untuk kesenangan diri.Tak ada la setiap hari nak makan dekat luar, tak sampai hujung bulan duit sudah pokai.Terpaksa la menjamah maggie setiap hari.So, wahai para lelaki sekalian, janganlah kamu pandang remeh tentang memasak. Bak kata pepatah, 'lelaki memasak adalah lelaki yang gentleman'.Aihh, ini peribahasa ciptaan aku okay.
Ehh, dan seterusnya bukan setakat memasak, lelaki juga kena la pandai kemas rumah, basuh baju dan sebagainya.Mungkin dulu orang kata semua kerja ini perempuan yang lakukan.So, ubah mentaliti anda kerana zaman sekarang memerlukan kita mahir dalam bab-bab ini.Tak ada la lepas ni kehidupan terumbang-ambing kalau itu tak tahu, ini tak tahu? Sumpah untung gila bila dapat lelaki yang pandai memasak.Ini juga antara ciri-ciri lelaki idaman wanita, begitulah sebaliknya di mana lelaki juga mesti suka perempuan yang pandai masak kan?
credit : sagitaurus.com |
Bila cakap pasal memasak ni, mentaliti orang kita akan cakap memasak ini adalah tugas perempuan.Kesimpulannya, kaum lelaki terutamanya para suami PERLU pandai memasak untuk memudahkan urusan rumah tangga even si isteri takde di sisi.Takdela si suami terabai, asyik-asyik makan kat luar.Kan kan?
p/s : kadang-kadang lelaki yang pandai memasak boleh mengentarkan jiwa perempuan? Tak gitu ?
0 marshmallow komen