Beraya Dengan Memey Suhaiza
Assalamualaikum semua..
Di kesempatan ini D'ya Marshmello ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.Ampun dan maaf dipinta andai terkasar bahasa sepanjang D'ya berblogging selama hampir 9 bulan.Even kita semakin di penghujung Syawal, tapi aku tetap nak wish raya dekat korang.Mana la tahu ada sesiapa kecik hati ke dengan D'ya?
Owh ya dalam keriangan kita menyambut Syawal yang mulia ini, jangan lupa pada yang tiada.Actually bila dengar je takbir raya hati ini rasa sedu-sedan bila teringat atuk dan nenek yang sudah kembali ke rahmatullah.Itulah lumrahnya setiap manusia yang hidup akan kembali kepada Allah Maha Pencipta Sekian Alam.
Actually dah lama nak tulis post ni, tapi masa tidak mengizinkan.Sedar tak sedar ramai cakap muka D'ya iras-iras Memey Suhaiza pelakon drama Roda-Roda Kuala Lumpur.Rupa-rupanya baru ku tahu yang selama ni pelakon yang dok aku usha dia kat TV rupanya SEDARA-MARA aku.Inilah first time aku tahu dia tu sedara aku.Selama aku membesar dekat kampung, langsung tak pernah amik port orang di sekeliling aku.So, bila dapat salam Memey kira dia tu dah macam pangkat makcik aku je.Tak ada beza pun dia, artis tak artis janji dia manusia.Huh, itupun nak riuh satu kampung kan? Jom tengok gambar kenangan D'ya bersama Memey.Jangan jeles tau.heheh
with my uncle and aunty :) |
abaikan budak yg pakai baju kurung biru tu..huhu |
my cousin yang kecil molek :) |
siap bergambar dengan kad jemputan khawin sekali auw.. peace :) |
Actually banyak lagi gambar nak masuk tapi oleh kemalasan tahap kritikal so setakat ni jela gambar yang ada.Ha, info terkini ialah jangan lupa tau datang hari perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim sebelah perempuan.Berikut adalah infonya :-
Hari : Ahad, 25 September 2011 bersamaan 27 Syawal 1432 H
Aturcara majlis: 11 pagi-6 petang (jamuan makan)
3 petang (bersanding)
Majlis bertempat di : No.3, Jalan Rawa, Blok 2 Felda Tenggaroh Selatan 1, 81907 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
7 marshmallow komen