Kenapa Lelaki Mudah Kalah Dengan Perempuan Cantik?
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
Kenapa? Ada yang sentap bila tengok tajuk entri kali ini? Bukan untuk bikin panas, sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.Pada era semakin moden ini, tak kira husband ke boyfriends ke dan yang paling penting adalah LELAKI yang dikaitkan dengan perempuan CANTIK? Adakah benar kenyataan lelaki mudah kalah dengan perempuan cantik? Tetapi menurut Islam macam mana seorang lelaki itu hensem dan perempuan itu cantik, paras rupa bukan ciri utama yang menjanjikan kebahagiaan dunia akhirat.Bukannya nak berlagak menjadi uztaz mahupun ustazah, ini sekadar perkongsian untuk kita bersama.
Tidak semua perempuan itu sempurna.Begitulah juga dengan kaum lelaki.Tidak dinafikan semua manusia inginkan kesempurnaan.Tambahan lagi dalam soal pemilihan jodoh.Perkara sebegini lebih memihak kepada kaum lelaki.Biasanya selera lelaki lebih kepada kecantikan zahir tanpa menitik berat budi bahasa sebagai kayu pengukur.Sekuat-kuat lelaki boleh kalah dengan perempuan lebih-lebih lagi perempuan CANTIK?
Kebiasaannya perempuan tidak meletakkan rupa paras sebagai faktor utama pada seseorang lelaki.Asalkan tingkah laku baik, beramal soleh itupun sudah memandai.Tetapi berbeza dengan kaum lelaki.Segelintir daripada mereka jika perempuan yang ditemuinya tidak cantik pasti akan ditolak awal-awal meskipun perempuan itu cantik dari segi budi bahasanya.Satu persoalan untuk lelaki mengapa perlu pilih perempuan CANTIK sahaja? Tahukah mereka bahawa cantik itu tidak semestinya memberikan kebahagiaan?
Biarlah kecantikan itu lahir dari segi rohani serta batinnya kerana itulah kecantikkan yang hakiki.Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya akan runtuh.Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat seperti yang diperkatakan, tapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, dan paras rupa yang cantik dan menawan.
Pokok pangkalnya, semua itu bergantung kepada diri kita.Kesabaran seorang lelaki akan melunakkan hati seorang wanita.Maka sabarlah kalian menjadi seorang lelaki.Sayangi dan cintailah dengan ketulusan dan kesabaran kerana sesuatu akan indah pada saatnya.Lelaki yang baik akan membimbing seseorang wanita.Dan percayalah Allah akan jadikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Janganlan anda mengharap lelaki sebaik ALI jika anda tidak setabah FATIMAH dan usahlah mengharap perempuan semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karam Allah Wajhah.....
p/s : aku pun bukanlah seorang perempuan yang baik tapi kita sebagai manusia akan cuba berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana hari semalam mematangkan kita menjalani kehidupan seharian.Semoga sempat sementara aku masih bernafas.InsyaAllah...
:: D'ya Marshmello ::
:: D'ya Marshmello ::
16 marshmallow komen