Bahagiakah Bercinta Dengan Orang Popular ?

by - 10/06/2011 04:29:00 PG

Follow c u t e s e c r e t s for more cute photos ♥

Sudah hampir seminggu D'ya menjalani peperiksaan PMR.Walaupun exam sudah hampir ke penghujungnya, hati ini tak akan tenang selagi tak keluar result.Rasa gelisah semacam, tapi harap-harap la D'ya dapat 8A in PMR, dapat capai cita-cita D'ya dan hope you all doakan D'ya berjaya dalam hidup.Lama kan i tak update blog ni? Rasa dah semak dah blog ni oleh sebab busy wat persediaan untuk exam.By the way, D'ya tetap usaha untuk update blog ini.Nasib la esok cuti kan, boleh la rest2 tenangkan fikiran yang kusut ni right?

Gw2l6xot7adr4fmb1gbji5r9nwry5jbg

Sebelum ini D'ya pernah menulis satu entri berkaitan penting ke paras rupa seseorang? .Mesti you all suspen kan bila terpandang tajuk entri kali ini dekat dashboard? Hehe, baru la best kalau hidup ini penuh dengan kejutan right? Persoalannya benarkah menjalinkan hubungan cinta dengan orang yang popular atau femes menyakitkan atau membahagiakan.Bagaimana pula jika kamu dipertemukan dengan gadis/jejaka yang popular? Jom ikuti situasi beberapa orang remaja..


 BANYAK SANGAT DUGAAN - Miss Chocolate ( Situasi ke-1 )

" Member saya pernah ada pengalaman bercinta dengan seorang artis popular. Sebagai teman baiknya, saya adalah tempat dia meluahkan segala-galanya tentang hubungan mereka.Boleh dikatakan,saya tahu A hingga Z tentang percintaan mereka.Hubungan mereka memang banyak cabaran dan ada sahaja masalah yang timbul hingga boleh membuatkan mereka bergaduh.Saya agak simpati melihat member saya yang sorang ni kerana dia makan hati berulamkan jantung kononnya.Kurus kering kerana masalah cintanya.Namun kerana sayang, dia terus bersabar.Akhirnya mereka putus jugak walaupun dorang hampir bertunang.Oleh sebab dah kecewa, member saya membawa diri belajar ke luar negeri.Maklumlah si kekasihnya popular sedangkan kawan saya ni siapa pun tak kenal.Biarpun pahit tetapi terpaksa la menelannya, katanya. "



 ADA MANIS DAN PAHIT - Siti Amira ( Situasi ke-2 )

" Bercinta dengan orang popular ini ada manis dan pahitnya.Daripada pengalaman saya sendiri yang manis tentulah bangga sebab dapat menawan jejaka idaman.Biasanya kalau orang popular ini pasti semua orang sudah dapat membayangkan bagaimana orangnya dan ciri-ciri yang dimilikinya hingga membuatkan dia popular.Jadi bila terpilih untuk mendampinginya pastilah kita berbangga.Namun yang pahitnya banyak sangat dugaan dan bergaduh itu seperti sudah menjadi satu kemestian bila berjumpa.Orang popular ini egonya tinggi dan sedikit riak.Maklumlah, dia popular dan boleh buat apa sahaja.Jadi kesimpulannya ada yang seronok dan ada yang sedihnya, katanya. "



 TIDAK DIHARGAI - Iskandar ( Situasi ke-3 )

" Kawan saya ada pengalaman cinta gila dengan seorang minah ini.Dia memang popular sebab kecantikan yang dimiliknya.Kawan saya ini sanggup lakukan apa sahaja untuk minah ini.Mulanya saya tengok minah ini pun memang cinta juga dengan kawan saya ini.Namun orang cantik pergi mana-mana mesti ada yang jatuh hati.Kemudian, perempuan ini menyambung pelajarannya sehingga berjumpa dengan orang yang banyak duit.Setiap hari dapat bunga dan hadiah.Akhirnya dia buat keputusan unyuk meninggalkan kawan saya ini.Kecewa tidak terkatalah.Jadi moral daripada cerita ini bercinta dengan orang popular dan cantik ini risikonya memang sangat besar.Kenalah bersedia dari segi fizikal dan mental, katanya. "

   

Ha, sekarang D'ya dah bagi tiga situasi yang berbeza? Adakah benar kenyataan di atas bahawa bercinta dengan orang popular ini menyakitkan? Bagi D'ya mungkin ada kebaikan dan keburukkannya, yang penting dalam hidup kita kena pegang satu ayat je iaitu.........


p/s : apa pendapat anda pula ? 

You May Also Like

2 marshmallow komen

Instagram