Panduan Pemilihan Aliran Untuk Pelajar Lepasan PMR

by - 10/19/2011 08:30:00 PG


Alhamdulillah exam PMR baru berlalu beberapa minggu yang lalu.Kini pelajar form 3 hanya menunggu keputusan PMR yang dijangka keluar 16 Disember 2011.D'ya pasti ramai yang excited nak tunggu keputusan right? Mudah-mudahan kita semua berjaya dalam hidup amiinn.Sekarang ini pun pelajar tingkatan 5 sedang sibuk membuat persiapan untuk SPM dan D'ya doakan abang-abang and kakak-kakak boleh jawab exam dalam dewan nanti and dapat straight A dalam SPM.


Sebenarnya D'ya pening nak ambil aliran apa untuk tahun depan? Bila berbincang dengan mama, mama cakap amik la aliran yang D'ya betul-betul boleh bawak and D'ya minat.Erm, sebenarnya cita-cita D'ya banyak, kejap nak jadi enggineer, kejap nak jadi akauntan, kejap nak jadi pensyarah pastu nak jadi fashion designer pulak. See that, banyak kan cita-cita i? Hahaha, sekarang D'ya nak bagi tips pemilihan aliran yang sesuai untuk pelajar lepasan PMR.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcJWSshriORUx-pQ-KzxAU7diI0uHxDS4Y3WYOw8pE0SeYpEpAWj86l4oLgalOXJ0JTeFvOZNBwV-0DE-RFfOpMO78a_pbZzmZ_x7Qe678CHiBJuoK3ZIom3eD93QH4UHxe2btZQUAfX8/s1600/confuse6.gif

Kepada sesiapa yang mendapat keputusan cemerlang, you all boleh sambung study di MRSM, SBP (sekolah berasrama penuh) dan sekolah teknik.Bagi yang tidak mencapai keputusan yang cemerlang, you all jangan la bersedih.Masih ada peluang untuk menebus kesilapan.You all kena ingat PMR hanyalah satu penilaian.Yang penting go on dan terus maju ke hadapan untuk SPM.


Setiap kali result PMR keluar, mesti ramai yang keliru dan tak tahu nak sambung study dekat mana right seperti mana yang berlaku pada daku.Chewaaah, ada yang nak masuk SBP, ada juga yang memilih MRSM dan ada juga yang berminat dengan sekolah harian.Sebenarnya mana-mana sekolah pun kita pergi sama je. Masuk sekolah pandai pun belum menjamin keputusan kita cemerlang sebab kalau diri sendiri dah malas, sama je dan takde bezanya.Berdasarkan keputusan PMR itulah yang menentukan hala tuju aliran yang bakal kita ambil.Okay, di sini D'ya Marshmello akan sertakan aliran-aliran yang bakal diambil mengikut sekolah tertentu.



 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris / GCE O Level English
 Pendidikan Islam (untuk pelajar yang beragama Islam)
 Sejarah
 Matematik
 Science - untuk aliran sastera, perdagangan dan kesenian sahaja

Setiap sekolah akan ada beberapa aliran yang D'ya kenalpasti iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Lukisan Kejuruteraan, Aliran Sains Kemanusiaan, Aliran Iktisas, Prinsip Akaun, Aliran Kesusasteraan dan Kesenian.Semua aliran ini bergantung pada setiap sekolah.


 Matematik Tambahan / Add Mathematics
 Physics / Fizik
 Chemistry / Kimia
 Biology / Biologi
 English for Science and Technology


 Matematik Tambahan / Add Mathematics
 Physics / Fizik
 Chemistry / Kimia 
 Biology / Biologi
 English for Science and Technology
 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
 Pendidikan Syariah Islamiah
 Tasawwur Islam
 Bahasa Arab Tinggi


 Matematik Tambahan / Add Mathematics
 Science
 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
 Pendidikan Syariah Islamiah
 Tasawwur Islam
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Perdagangan
 Bahasa Arab Tinggi


 Matematik Tambahan / Additional Mathematics
 Sains Tambahan / Additional Science
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Perdagangan

D'ya bagi sedikit je aliran yang akan menentukan masa depan kita, sebab malas la nak taip panjang-panjang.Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh.Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal

Sekarang D'ya nak bagi tips untuk pelajar lepasan PMR yang confuse termasuk aku ekekekeke, ( tak terkecuali sekali, eheheh ).


 Kenali cita-cita sendiri

Kalau tiada cita-cita, macam mana mau tentukan sekolah mana yang sesuai kan? Kalau sudah tau bila besar nanti mau jadi apa, semuanya jadi senang. Contohnya, kalau ada yang mau jadi doktor besar nanti, pilihlah sekolah yang ada aliran sains. MRSM atau SBP sangat sesuai kalau ada adik-adik yang bercadang memilih kerjaya berdasarkan subjek sains. Kalau berminat jadi cikgu pulak, masuk aliran sastera pun cukup. Jangan pulak mau jadi cikgu BM lepas tu masuk aliran sains. Kan membazir di situ. Macam abang ni, nama saja belajar biologi dengan fizik masa upper form dulu, last-last bakal jadi cikgu BI jugak.

 Pilih aliran yang bersesuaian

Ini berkait rapat dengan cita-cita sendiri. Kalau mau jadi doktor, aliran yang sesuai adalah sains. Kalau mau jadi akauntan, masuk aliran perdagangan pun okey. Berminat jadi jurutera, aliran teknikal sangat bagus. Teringin menjadi cikgu, aliran sastera pun cukup. Tapi kali ni cita-cita tu kena hurai dengan lebih lanjut lagi. Contohnya, kalau mau jadi cikgu, tanya diri sendiri minat jadi cikgu apa. Kalau minat jadi cikgu subjek sekolah rendah, sastera is enough. Tapi kalau berminat mau jadi cikgu sejarah atau matematik tambahan, aliran sains yang paling sesuai. Buat dengan teliti, barulah namanya pilihan sejati.

 Lihat kemampuan diri

Kalau ada yang berminat mau jadi doktor atau jurutera, bagus. Teruskan niat itu. Lagi pun Malaysia memang kekurangan pekerja-pekerja dalam bidang kritikal tersebut. Tapi, kalau keputusan PMR agak kurang meyakinkan, janganlah sampai letak harapan tinggi untuk masuk MRSM atau SBP. Sebab konfem akan ditolak punya. Yang straight A pun masih ramai yang tidak dapat sambung study di sana, apatah lagi yang bukan straight A. Jadi pilihan yang ada, masuk saja mana-mana sekolah harian yang ada kelas aliran sains. Dan sepanjang form 4 hingga form 5 tu, buktikan yang sekolah harian jugak boleh menyaingi sekolah elit. It's all from yourself.


Hidup ni kena ada perancangan. Bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Melentur buluh yang dewasa pun boleh saja, tapi lagi susah. So buat adik-adik lepasan PMR semua, jangan dulu gembira atau sedih dengan keputusan yang diperolehi sekarang. Hidup korang belum sampai separuh jalan pun. Sapa tau hari ni cemerlang, esok lusa pulak kurang cemerlang. Begitu jugak sebaliknya. Apa yang penting adalah usaha.

credit : Burung Man

p/s: D'ya ucapkan selamat maju jaya untuk memilih aliran tahun depan, takmo pening-pening pale dah okay? Any question, boleh jer tanya dekat comment box bawah sekali.Jangan malu jangan segan okay and kalau suka entri ni jom like laju-laju.Heheheh :) Byee ~

You May Also Like

93 marshmallow komen

Instagram