Demi Kekasih, Aku Abaikan Ibu Kandungku Sendiri

by - 10/14/2011 08:36:00 PG



IBU : Nak, ibu bangga memiliki dirimu sebagai darah daging ibu. Ibu mahu sentiasa memberikan yang terbaik buat zuriat ibu yang tiada galang gantinya. Ibu tidak mengharapkan balasan, cukuplah andai dirimu menghadiahkan rasa bahagia dengan menjadi anak yang menyejukkan hati ibumu.


Ibu : Nak, janganlah selalu sangat keluar malam-malam.Ibu risau sangat nak kalau apa-apa terjadi pada anak ibu ini.Tak elok nak keluar malam-malam, nanti apa pula kata jiran kita.Dengar la nasihat ibu nak, nanti apa-apa terjadi pada kamu, ibu jugak yang susah nak. (merayu si ibu)

Anak : Ibu, please la ibu tolong la jangan membebel macam nenek boleh tak? Suka hati aku la nak keluar dengan sapa pun, dengan mat rempit ke, pengkid ke tu aku punye pasal la.Ibu tu dah tua, mana tahu jiwa remaja macam mane! Lagipun orang bosan mengadap muka ibu 24jam! Dah la, nak keluar! 


Sayang : Sayang, kenapa ni moody-moody ni? Tak comel la you, cuba senyum sikit.What happen to you? Tak best la macam ni, nanti i belanja you sempena Valentine Day nak? Then kita keluar round-round KL ye sayang, i dah siap tempah hotel khas untuk you my sweet baby! Emmmuah!

Baby : Sayang, you tahu tak i bosan giler dengan ibu i ! Tension la sayang, baby nak keluar malam pun salah, pakai ketat-ketat pun salah.Ibu sengaja cari pasal dengan i.Dia mana paham jiwa remaja macam i.I tak paham la sayang, baby rasa nak lari je rumah.Lebih baik mak i mati, senang hidup i!

Sayang: Dah la, you abaikan jela ibu you tu.I lagi penting kan? Betul tak, kalau you sayang i, please tinggalkan ibu you.Biar i jaga diri you sayang. Hari ini you nampak cantik bila pakai singlet and skirt, nampak seksi.Buat i tergoda tau.I suka you pakai macam ni, baru la i tak cari girl lain sebab you memang segala-galanya untuk i.Janji tau malam ni.Muahhhhh!


Selepas beberapa bulan kemudian, si ibu pun meninggal dunia.Kini tidak guna untuk menyesal lagi kerana 'nasi sudah menjadi bubur' .



orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
Tapi Ibu sudah tiada.......

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....





You May Also Like

2 marshmallow komen

Instagram