Manjakan anak punca masalah sosial
Hai semua pembaca setia Miss D'ya Marshmello..Hari makin tua..Tanpa kita sedari pelbagai masalah remaja yg sudah mulai melanda dunia zaman sekarang..Bukan la D'ya nak kata D'ya ni baik sgt..Tak pernah buat dosa....Tapi apa salahnya kita sesama muslim nasihat-menasihati dan saling menegur kesalahan....Kepada sesiapa yang terasa harap dimaafkan....Topik hari ini kita ingin berbicara tentang 'Manjakan anak punca masalah sosial'.... Dewasa ini bermacam-macam gejala yang kurang baik seprti kes rogol,buang anak,rempit dan sebagainya la..Kenapa harus perkara ini berlaku? Jadi sekarang kita nak salahkan siapa? Mungkin dunia sudah akhir zaman..Tapi tiada kesedaran yg bertakhta di dalam hati remaja skrg..
* sekadar gambar hiasan~ Sumber : GOOGLE |
Perlu ke kita nak salahkan ibu bapa or diri sendiri?Apakah punca disebalik semua ini? Adakah salah ibu bapa,pihak asrama? Namun,kita tdak seharusnya menunding kepada ibu bapa khususnya jika anak terlibat dalam kes jenayah seumpama kes ragut..Sikap toleransi dan hbungan erat antara keluarga merupakan salah satu faktor yang penting di mana ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak..Cadangan D'ya di sini ialah, ibu bapa juga tidak perlu terlalu memanjakan anak shingga apa saja kemahuan anak diturutkan..Nilai ini perlu dipratikkan wahai ibu bapa sekalian.. ;)
Bak kata pepatah di bawah ini :-
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"
Apakata mulai hari ini kita berubah menjadi baik seperti gambar di atas ini....Comel kan?Huhu..Setiap manusia pernah melakukan jadi jika kita dah sedar kesalahan kita,perkara utama yg perlu kita buat ialah memohon kepada yang Maha Esa agar dosa kita diampunkan..
Dengan berdoa diri kita akan merasakan ketenangan....Allah Maha Pengampun dan sentiasa mengampun dosa hamba2nya...Jadikan hari ini lagi baik dari hari semalam.. InsyaAllah, diri kita akan diberkati Allah seterusnya kita akan merasa kebahagiaan dunia akhirat..
Salam ukhwah ;)
0 marshmallow komen