Perkara kecil namun bermakna buat wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah hanya dengan memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta,emas,berlian mahupun rumah yang cantik.Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka.Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.
- Ketika baru bangun dari tidur,suami memuji kecantikan.Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati.Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.
- Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui.Ketika suami medengar luahan ini tanpa menghakimi,isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.
- Ketika isteri sedang membawa barang berat,suami pantas membantu tanpa perlu diminta.Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan.Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.
- Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis,tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda.Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupainya isteri,suami akan makin dicintai.
- Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya.Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri,tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali.Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.
2 marshmallow komen