Kenangan Budak Tadika
Sewaktu ayah aku menghantar aku masuk sekolah Tadika Kemas dekat Kem Kementah, ayah selalu ingatkan jangan nakal-nakal bila masuk sekola.Dah nama pun budak-budak, kecik cinonet pulak tu.Mana la nak matang, lagi terlebih nakal ada la. Jangankan main tarik rambut, sampaikan curi barang budak lain pun ada tau.Tapi bukan aku la, dulu time kecik-kecik aku pemalu orangnya.Dalam kelas diam membisu je.Maybe aku baru kenal alam persekolahan ;p
Korang mesti ada pengalaman kan time kecik-kecik dulu.Aku pun ada pengalaman pahit & manis yang tetap terpahat dalam hati ni even usiaku dah mencecah 16tahun.Masa aku kecik-kecik dulu,aku selalu sangat kena buli.Mungkin fizikal aku time tu kecik kot.Aku ingat lagi muka budak ni, masa tu dah habis sekolah.Ayah aku menghantar aku dekat bas sekolah.Masa tu aku duduk depan sekali.Lepastu ada sorang budak perempuan ni, dia dah la datang lambat, lepastu sesuka hati je halau aku duduk dekat belakang sedangkan dia naik bus lambat.
Oleh kerana takutkan dia, aku pun menurut je kata-kata dia.Hahaha serius kelakar, dah rasa macam pak tunggul je aku time tu.Setiap hari kenangan aku di sekolah tadika, mana mungkin aku lupakan.Di saat itu juga aku mengenal apa itu ABC, apa itu Alif Baa Taa.Alhamdulillah, terima kasih cikgu-cikgu yang sudi melayan kenakalanku. x)
lagu time kecik-kecik dulu ;p
Memang susah nak lupakan kenangan time kecik-kecik dulu.Kenangan tu yang mematangkan gadis seperti aku.Setiap pagi dalam class, cikgu akan nyanyikan lagu 'Twinkle-twinkle little star', then kami semua follow cikgu tu.Memang best.Aku hanya mampu tersenyum bila imbas balik kenangan tu.
Benda yang paling kelakar masa tadika tu, aku tersalah letak kasut dekat rak class lain. Hahaha masa nak balik tu, aku menangis sebab kasut sekolahku hilang.Time sekolah kita orang dulu, setiap kasut ada nama dekat belakang. Padahal time tu aku langsung tak teringat yang aku letak tempat lain.Aku nangis teresak-esak, dalam otak aku hanya pikir "macam mana aku nak balik, kalau kasut hilang". Ayah aku yang menunggu dari luar hanya tersenyum melihat gelagat aku, huhu.Serius, ni kenangan paling manis in my life ;)
Mungkin orang kata 'yang lepas biarlah lepas, tak usah dikenang'.Tapi tidak bagi aku.Malah aku berbangga dapat belajar dari pengalaman yang lepas. Hmm maybe post ni agak mengarut sebab aku menaip apa yang ada dalam pale otak aku , terima kasih sudi dengar saya membebel ;p
sekian salam sayang, D'ya Marshmello <3
2 marshmallow komen