Susah Sangat Ke Subjek Add Math ?
Wahai Add Maths, please be nice to me.Well dah kebiasaan mulut-mulut orang akan berkata "weyh nanti masuk form 4, jangan amik addmath.Susah gilos engkau tahu tak?".So aku pun percaya bulat-bulat.Lepas aku baca satu buku motivasi ni, aku makin semangat nak belajar add maths sebab aku suka subjek kira-kira ni.Buat pengetahuan korang, subjek add maths ni dah lama diperkenalkan sejak selepas merdeka lagi.
Biasanya subjek add maths diletakkan dalam aliran sains dan kejuruteraan.Well seperti yang korang tahu, aku merupakan pelajar di SM Teknik Gombak dalam aliran sains teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam.Yes target aku untuk exam test bulan tiga ni, aku hanya sekadar mahu lulus.Tapi kalau dapat A atau B, bersyukur sangat-sangat.
Kenapa ramai yang tak suka subjek add maths ni?
1) Sebab ramai yang dah set dalam minda korang, add maths ni susah.Macam aku dulu, mesti fikir aku tak boleh bawak.Aku yakin aku boleh! Cuba tetapkan dalam minda yang subjek fizik, kimia ni senang.InsyaAllah nanti senang je nak belajar.Usaha berterusan tu tersangat-sangatlah penting.
2) Ramai yang tak suka add maths maybe subjek ni digelar 'killer subject'. Well, dulu aku pun tak suka add maths.Lagi-lagi cikgu dekat sekolah tu ajar laju-laju.Ayooo pening la jugak.First-first jela, lama-lama best plak study add maths.So D'ya pegang satu kata hikmah "Jangan Kalah Sebelum Berjuang".
3) Kebetulan kepada sapa yang ambik sains tulen atau kejuruteraan, nak taknak kena la belajar add maths ye dak? Percaya pada diri, yakin korang mesti boleh okayy.Maybe add maths ni pening bila kita tak focus, so that formula add maths pun macam berada di awang-awangan.Focus itu penting lagi-lagi dalam class.
4) Siapa batch SPM 2013 angkat bulu kening cepatt? Haha well seperti yang korang tahu, semua subjek dah menjadi dwibahasa.So bagi yang belajar fizik, add maths dalam b.melayu, agak pening la.Sebab banyak istilah penting in english bertukar.Serius aku tak suka gunakan text books b.melayu.Hihihihi, depends on someone la sama ada kita selesa guna language apa-apa pun :)
Baru kini aku tahu bahawa subjek add maths ni tersangatlah penting lagi-lagi kalau nak apply matrikulasi or universiti.Lagi-lagi dalam bidang kejuruteraan. Memang tiada cara lain untuk berjaya melainkan banyakkan membuat latihan.Yes aku akui aku bukanlah mahir add maths, thats why aku buat post ni.No, lagipun just nak motivate diri sendiri dan berkongsi pandangan.
Diakui subjek add maths ni memang susah if tak belajar betul-betul.Aku sendiri tak nafikan subjek ni betul-betul mencabar minda.Tapi lama-lama belajar jadi senang dengan diiringi doa dan usaha.Persoalannya susah sangat ke add maths ni? atau sebenarnya sikap kita yang sukar diubah? Actually mana-mana subjek pun ada cabaran.Sedangkan subjek yang senang skor sekalipun kalau kita tak focus pun takkan menjadi jugak.Sikap yang negatif tu membuatkan kita rasa add maths tu SUSAH GILER! lol ;p
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :-
“Tidak ada ubat bagi kebodohan melainkan bertanya” – Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad
InsyaAllah, tuhan akan tolong orang yang sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNYA.Tiada satu pun yang mustahil dalam dunia ni.Percaya dan yakin pada diri sendiri.Buang sikap putus asa, berusaha dan terus berusaha.Jangan kalah @ undur diri sebelum berjuang dan sentiasa menjadi positif.Salam sayang dari D'ya Marshmello :)
p/s : banyaknya asignmentt.Mentang-mentang cuti grrr :(
26 marshmallow komen