10 Magis Tentang Cinta
CINTA mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata, antaranya mampu membuatkan seorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya
Hanya dengan CINTA seseorang yang tidak pernah senyum, pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat
CINTA boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi CINTA juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan
Apabila kita berbicara soal CINTA tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta
Kuatnya CINTA ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah, bukit yang tinggi dan laut yang luas
CINTA tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan.Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat
Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya.Ini pasti kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang
CINTA bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang paling penting harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu saja
Sebuah CINTA sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.Ini kerana CINTA tidak datang dari mulut dan lidah atauun fikiran seseorang tetapi CINTA lahir dari hati yang paling dalam
Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan yang akan datang.Bukan namanya CINTA andainya ia membahagiakan
4 marshmallow komen