Couple Budak Zaman Sekarang

by - 8/06/2011 04:03:00 PTG

Budak-budak zaman sekarang memang advance kan? Apa pon tak boleh.Alahai budak zaman sekarang.Kalau nak dibandingkan dengan zaman mak aku dulu jauh beza sangat.Yela, kalau la zaman dulu nak ada pakwe pon susah.Silap-silap memang kena pelempang free je dari mak ayah.Inikan zaman sekarang, semua ada dan lengkap.Tinggal nak beli je guna duit mak ayah.Tak payah nak fikir-fikir pe semua.


Paling hairan kan budak Darjah 1 pon try berjinak-jinak untuk bercinta.Wahh, gampak la.Bergegar dunia, hahaha. (entri perli diri sendiri). Tapi normal la kalau waktu sekola-sekola rendah dulu suka sama suka.Normal la dah nama pon fitrah manusia.Tapi paling best bila dapat surat cinta, kad raya.Memang syok bila ada peminat waktu sekola rendah.Hahaaha, isshh malu la nak cerita. Kad raya tersebut berbunyi :-

" Assalamualaikum, saya ingin meminta maaf kepada awak kalau saya ada buat salah dan menyakiti hati awak.Saya suka la dengan awak.Awak cantik,comel dan cute sangat-sangat.Saya sayang awak.Saya rindulah dengan awak.Saya harap awak terima saya sebagai couple awak.I LOVE YOU. "

from: si polan bin si polan ( nama dirahsiakan, harap maklum)


Haha, kantoi habis.Haha, kisah lama tak mahu ingat.Biasa la budak zaman sekarang suka sangat nak try buat ayat.Padahal kau kan kecik lagi, apa salahnya belajar kasi pandai dulu, bila dah dapat kerja best baru la boleh terus masuk meminang.Takde halnya sebab time tu gaji pon dah stabil, kerja pon best and otak pon da matang untuk mengenal ERTI cinta sejati.Chewaaah ;)


Tapi paling tak best bila 'couple' seolah-olah menjadi trend terutamanya budak sekolah.Bagi D'ya tak salah pon nak bercintan-cintun, tapi first kau kena pikir adalah mak ayah kau.Kesian dorang sibuk mencari rezeki nak membesarkan kau, beli buku latihan, bayar yuran persekolahan.Tu belum masuk kos nak beli baju sekola + dan macam-macam la.Tapi kau balas dengan result kau yang teruk tu.Tak rasa menyesal ke? Anyway, entri kali ini bukan nak menyinggung perasaan sesiapa, just D'ya nak semua orang fikir ke hadapan.


Lumrah manusia, rasa ingin cinta dan dicintai, (eh macam mana aku tahu ni), tapi bila je dah putus hubungan, mula la merepek tulis status kat wall FB, patah hati la konon.Paling menjengkelkan ,hari ni update relationship with Mohd Aiman .Tak sampai satu minggu kot terpampang status single pulak.Beberapa hari kemudian, update status married to Khairul Amri .Amboi kemain lagi kau eh main tukar-tukar status.Ingat apa, pikir orang kesah sangat status kau tuh.Berbulu bila aku baca tau tak? Hahahaha, kejam tak kejam ~ siap tulis kat wall :-


" Mana you ni.You pergi mana sygss, i rindu dengan you.Semalam kita baru je hang out sama-sama kat KLCC, you dah lupa dekat i eh? Takpela, i paham"





Aduhai, yang ni la paling kesian.Hurm, tak mahu la komen apa.Baca dan renungkan sejenak.Bercinta tak salah but jangan melampaui batas dan jangan tinggalkan pelajaran kerana boyfriend tak semestinya menjamin masa depan kita.Just baca paper di atas dan renung-renungkanlah.Pendapat korang?


Photobucket

You May Also Like

12 marshmallow komen

Instagram