Nickname Memainkan Peranan Dalam Dunia Blog
Percaya atau tidak sebenarnya nickname blog sebenarnya memainkan peranan penting dan sedikit sebanyak mempengaruhi dunia blog.Dengan terciptanya nickname, secara tak langsung orang lain mudah mengingati kita.Lihat sahaja blogger-blogger terkenal seperti Irine Nadia Marcello , Eyriqazz, Aizul Marcello , Cik epal dan sebagainya la.Hebat kan? Mungkin bunyinya agak klise dan pelik tetapi itulah kenyataan di mana kelainan dalam dunia blog seperti wujudnya nickname memberi impak yang cukup besar dalam dunia blogger.
Mungkin bagi orang lain tak penting, tapi bila kita guna nickname yang tak pernah kita dengar, secara tak langsung orang lain boleh ingat blog kita sampai bila-bila.Dulu sebelum D'ya gunakan nickname 'D'ya Marshmello' ,tak ramai yang kenal siapakah gerangan tuan empunya blog ni.Tapi alhamdulillah, selepas D'ya berkira-kira nak ada nickname sendiri, tercipta la satu nama "D'ya Marshmello" .Until now, D'ya still gunakan nickname yang sama tak kira dalam Facebook Rasmi D'ya , fanpage, blog D'ya Marshmello dan sebagainya la.Dan tak kira di mana-mana D'ya still gunakan nickname yang sama, sampaikan D'ya dah siap mempunyai baju t-shirt khas bertulis nickname D'ya sendiri.
Selepas je D'ya gunakan nickname tu, alhamdulillah blog D'ya Marshmello semakin dikenali.Heheheh, dan ramai juga cakap nickname ni cute.Bukan D'ya yang cakap okay, orang lain k. (ekekeke, sambil tunduk malu) ______(^^,) Nampak tak actually pemilihan nickname ni penting jugak sebenarnya kerana kita akan tampil lebih yakin dengan kelainan yang kita ada.Begitulah aura nickname dan tidak hairanlah blogger-blogger popular juga tidak terkecuali menggunakan nickname sebagai identiti diri mereka.
How about D'ya Marshmello ? Tahu la nickname ni tak berapa masyuuk macam blogger lain dan senang cerita langsung tak mengancam, tak gitu? Haha, tapi aku tak kira jugak, orang suka ke tak suka ke aku tetap nak pilih nickname ni kerana mungkin aku sukakan keunikkan nickname even lidah orang lain berputar belit nak sebut.Hahahaha, dan nickname D'ya Marshmello bagaikan sudah melekat dan sudah sebati apabila orang sana sini memanggilku D'ya Marshmello . ( ayat syok sendiri, sila abaikann .. ) Di sini D'ya akan bagi tips dalam pemilihan nickname dalam dunia blog.





p/s : apa pula pandangan anda tentang nickname D'ya Marshmello ? Bagus, hampeh atau nickname sekadar syok sendiri?
11 marshmallow komen