Suka Duka Perjalanan Hidupku
Sekejapnya cuti dua minggu.Pejam celik pejam celik dah nak masuk asrama balik.Alahai bukan itu yang ingin dipersoalkan? tetapi bsediakah aku mnerima result exam mid-term isnin ini? Ya Allah, aku berikanlah kejayaan kepada hambaMu ini.amiinn.
Masa tidak mempedulikan sesiapa jua.Siang berganti malam dan malam pula akan berganti siang.Begitulah peredaran dunia di bumi Allah.Kesedihan, kegembiraan, kesakitan, kematian, apa jua yang manusia di muka bumi ini alami tidak akan menghentikan pergerakan jarum jam walau sedetik jua.
Masa berlalu begitu cepat.Umur juga semakin meningkat.The best moment is bila dapat jumpa balik kawan-2 sekolah rendah yang sudah lama tpisah.Rindu semakin memuncak.Muka pun dah berubah.Semuanya bawak haluan masing-masing.Dan paling tak disangka bila semua yang berlaku di atas dunia ini adalah satu KEBETULAN. yup itulah kuasa tuhan.Tiada siapa yang mampu menghalangnya.
Kalau dulu aku jahil, kini aku tak mahu lagi berterusan menjadi orang jahil.Kalau dulu aku lemah, aku tak ingin menjadi orang yang lemah.Kalau dulu aku jauh dengan Allah, kini aku mahu selalu dekat dengan diriNYA.Kalau dulu aku selalu tewas dengan air mata gara-gara seorang lelaki yang pernah aku cintai, tapi itu tidak bermakna aku perlu padamkan segala kenangan pahit dan manis yang pernah kami ciptakan dulu.Dan kini aku percaya dugaan inilah mengajarku erti kekuatan dan ketabahan.Moga cahaya kembali bersinar. InsyaAllah :) amiiiiiinn
"... Ya Allah seandainya telah Kau catatkan Dia milikku tercipta untukku ,
Maka satukanlah hatiku dengan hatinya, Tetapi ya Allah,,
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku , Bawalah dia jauh
dari pandanganku , Luputkanlah dia dari ingatanku Dan
peliharalah aku dari kekecewaan.Amiiiiiinn..."
0 marshmallow komen