Berakhirnya Sebuah Impian

by - 3/15/2011 09:22:00 PG


Aku seorang perempuan yang mempunyai perasaan terhadap dirinya.Aku adalah perempuan yang selalu merindui dirinya,ingin segera ku menemui dirinya.Malah tidak pernah terlintas di fikiranku untuk berpisah dgn dirinya.Bagiku dialah segala-gala buat diriku.Aku mengaku aku telah jatuh cinta terhadapnya.Sikapnya yang fun,nakal dan rasional buat hati ini terpaut dengan dirinya.Biarlah diriku menamakan si dia sebagai 'F'.Hubungan kami bermula apabila F melamar aku untuk menjadi kekasihnya.Bagiku F hanya bergurau sebab mmg sikapku yang tak suka melayan lelaki.Jadi ku abaikan saja.Namun tak ku sangka semenjak hari tuh,kawan karibku memberiku no.hp ku terhadap F.Setiap malam aku berasa kurang senang terhadap dirinya.Malah aku bertambah menjadi benci terhadap dia kerana F suka menganggu aku hampir setiap malam.Dia tidak jemu-jemu melayan karenahku yang agak kebudak-budakkan.




Memang benar kata orang tua,jangan kita terlalu membenci sesorang kerana dia akan menjadi milik kita jua.Tak ku sangka akhirnya tepat pukul 12 malam pada 5 April 2010 aku telah bergelar special girlfriend dan bermula detik itu aku rapat dgn dirinya walau pada mulanya aku malu dgn F.Yang paling aku tak sangka apabila orang yang aku benci selama ni menjadi BF aku.Oh my God!!Maybe ini takdir.Aku dapat rasakan F memang serius terhadap perhubungan kami.Semuanya terbukti melalui sikapnya yang agak 'gila-gila'.Perhubungan antara aku dan dia mencecah hampir 4 bulan dan di situ la perlbagai dugaan yang kami harungi bersama.Pelbagai tohmahan dan fitnah orang lain lemparkan dan aku hanya bersabar dan mampu menangis menghadapi semua dugaan ini.Walau apa pun aku menjadi TABAH apabila F berada di sisiku.Setiap hari aku semakin kuat dan kuat !!



Setelah hubungan aku dan si dia hampir mencecah 10 bulan,pelbagai dugaan aku hadapi hadapi.Hubungan aku dan dia memang dilanda masalah.Ia berpunca dengan kehadiran orang ketiga.Hanya tuhan tahu perasaan yang melanda dalam hatiku ketika itu.Aku bagaikan tidak tentu arah apabila orang yang ku sayang kini berubah sikap dari hari ke sehari.Kadangkala aku terpikir  dan cuba untuk memahami punca permasalahan.Mungkin ia berpunca dengan sikapku yang selalu cemburu dan gemar tersinggung segala perbuatan dirinya.Aku tak pasti kenapa dan mengapa aku diperlakukan sebegitu?Tahukah dia bahawa yang aku sayangkan dirinya sehingga kini aku tidak mampu melupakan dirinya.Hanya Allah yang tahu perasaanku! Hancur dan robek hatiku apabila mendapat tahu kawan karibku menikam aku dari belakang."Kenapa Ya Allah kau uji aku begini!!" Sehingga kini aku tidak dapat memaafkan dirinya.Tapi tahukah dia walau kini mungkin dia bahagia dgn orang lain,tapi aku di sini tetap menunggu kehadirannya.! Walau aku telah menyatakan BENCI terhadap dirinya, tetapi bohonglah jika aku mengatakan aku tak pernah sayang pada dirinya..


Satu kata-kata yang mungkin boleh awak renungi :-




"Awak,apa bezanya saya dgn DIA? Saya sedar sy tak cantik? Saya sedar awak dah kekurangan kasih syg sy sampaikan awak sanggup buat saya mcm ni? Kalau awak betul2 sayangkan saya,awak takkan buat saya macam ni?Sudah tibanya masa kita untuk mengikut haluan masing2.Biarlah hati saya ditikam oleh pedang sekalipun cinta saya terhadap awak tak pernah sekalipun berubah.Satu je saya nak cakap,saya dah terlanjur sygkan orang yang dh byk kali SAKITKAN HATI saya.Moga tuhan memberi sy kekuatan untuk melupakan diri awak! Bukan niat kita untuk berpisah,tapi percaya lah ada hikmah disebaliknya.Kalau awak dah masuk University nanti,jgn lupa jenguk2 saya nanti bile kita dah besar.Saya nak kita same2 berjaya menuju ke menara gading dan dapat pegang ijazah same2! And tak mungkin memori ini luput sepanjang hayat saya."

p/s : cerita berdasarkan pengalaman pengarang.semoga cerita kali ini membawa iktibar..The moral of the story is :-





"JANGAN TINGGALKAN ORANG YANG KITA SAYANG UNTUK ORANG YANG KITA SUKA KERANA ORANG YANG KITA SUKA AKAN TINGGALKAN KITA UNTUK ORANG YANG MEREKA SAYANG..JANGAN CUBA DAPATKAN APA YANG KITA SUKA TAPI SAYANGILAH APA YANG KITA ADA"









Photobucket

You May Also Like

0 marshmallow komen

Instagram