Setting Yang Tidak Perlu Dalam Blog (Part 1)
Apakah settings yang sepatutnya tidak ada dalam sesebuah blog.?
Atau dalam kata lain, setting tersebut sepatutnya tidak diperlukan oleh pemilik blog untuk diaplikasikan pada blognya.
Untuk kali ini, d'ya akan cuba bagi sedikit tips berkenaan apakah setting yang sepatutnya tidak ada dalam blog. Semestinya tips yang d'ya tunjukan ini bagi sesiapa yang menggunakan platform blogger.com. Kerana semua tips² ini terkandung dalam akaun blogger (log in > dashboard > setting)
Untuk part 1 ini, d'ya tunjukkan 2 dahulu setting yang d'ya rasa paling penting.Sebenarnya d'ya hendak buat dalam satu post sahaja, tetapi memandangkan d'ya buat ulasan juga, bimbang takut entri terlalu panjang nanti. So, d'ya buat part 1 ini dahulu.Berikut setting yang d'ya rasakan tidak perlu dalam blog..
1. Word Verification For Comment.
Ini adalah perkara yang paling penting untuk diketahui oleh pemilik blog. Untuk default, setting ini didatangkan dalam keadaan "Show word verification.?--> YES".Perkara ini sebenarnya untuk mengelakkan spam. Tetapi dalam keadaan sekarang, kehadiran word verification adalah MENYUSAHKAN kepada pengunjung2 yang ingin menghantar komen.
Perkara ini banyak tidak disedari oleh pemilik blog kerana pemilik blog tidak perlu isi word verification. So, ramai yang terlepas pandang perkara ini dengan beranggapan blognya sudah tidak ada word verification, sedangkan setting masih lagi dalam keadaan YES dan word verification ini perlu diisi oleh pengunjung.
Oleh itu, jika anda pemilik blog, sila pastikan blog anda telah disablekan fungsi ini untuk memudahkan pengunjung anda menghantar komen.:)
(Setting > Comments > Show word verification for comments? - NO)
2. Comment Moderation.
Comment moderation adalah setting kedua yang d'ya rasakan tidak perlu bagi sesebuah blog. Ini kerana, dalam keadaan 'biasa' anda tidak perlu baca dahulu komen untuk diapprovekan. Biarkan pengunjung post dahulu komen, dan kalau anda hendak balas boleh balas kemudian. Kerana ada pengunjung yang suka kalau apa yang dikomen olehnya terus muncul.
Kadang tu, d'ya terpikir juga. Adakah pemilik blog ini bimbang ada komen negatif seperti "blog ko tak cantik la", "ko punya entri tak best la", dan lain2. Kalau ini yang dibimbangkan, d'ya rasa agak tidak wajar. Kerana sebagai pemilik blog, kena ada persiapan untuk menghadapi perkara-perkara 'kurang menarik' bagi blognya.
Walau bagaimanapun, d'ya faham juga ada sesetengah blog yang mempunyai musuh sendiri. dan kebanyakan blog yang mempunyai musuh sendiri ini adalah blog perempuan. Percaya atau tidak.?..Ermmmm
Tetapi jika blog anda berjalan seperti biasa, tiada masalah apa-apa, baik anda disablekan sahaja comment moderation.Biarkan komen itu keluar terus.
Sedikit sumber inspirasi, cuma korang tengok blog-blog mereka-mereka yang 'power' dan 'otai' dalam dunia blogging ini, ada mereka perlukan comment moderation.? Tidak perlu..
Cara untuk disablekan pun mudah sahaja.:)
(Settings > comments > Comment moderation --> NEVER)
Setakat itu dahulu untuk tips untuk part 1 bagi setting yang tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Walaupun hanya 2 je isi kandungannya, tetapi boleh tahan panjang juga d'ya menaip. nasib baik buat part 1 dan part 2.Kalau d'ya buat satu entri, jenuh korang membaca nanti.:) Untuk part 2, nanti d'ya akan buat entri baru.
Tips2 ini adalah berdasarkan pandangan peribadi d'ya yang d'ya alami dan untuk kemudahan bersama. Pemilik blog berhak sepenuhnya untuk menentukan apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. D'ya cuma beri tips berdasarkan pengalaman untuk kemudahan semua.:)
Happy Blogging..:)
KREDIT: UNWANTED86
2 marshmallow komen