Jeans Fesyen Wajib Remaja

by - 3/19/2011 02:54:00 PG







Melihat ke dalam almari atau koleksi pakaian kamu,mustahil jika seseorang daripada kamu tidak pernah memiliki sepasang jeans.Tahukah kamu fesyen jeans mula diperkenalkan sejak puluhan tahun dahulu lagi.Ia bermula sebagai seluar yang dipakai untuk melakukan kerja-kerja berat bagi masyarakat bawahan.Dan kini jeans menguasai dunia fesyen remaja sedunia.Jeans diperkenalkan oleh 'Levi Strauss' pada tahun 1850.Kerjasama Levis dan Jacob telah membawa jeans terhebat dunia sehingga ke hari ini.Tahukan kamu bahawa di awal pengenalan jeans,ianya hanya dijual dengan harga $1.50 sahaja.


Jeans 80an

Jeans menjadi kegilaan remaja sekitar tahun 80an.Jeans bukan sahaja menjadi fesyen yang paling diminati malah kreativiti pereka pada zaman itu menjadikan jeans kekal mantap dengan rekaan pelbagai warna menarik dan ketika itu warna yang 'vibrant' menjadi pilihan.Dan pada tahun 80an juga 'acid wash jeans' telah diperkenalkan.Ketika itu remaja akan membeli jeans dan melunturkannya sendiri semata-mata untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa.Dan kini 'acid wash jeans' kembali membawa dimensi baru kepada penggemar fesyen dunia.Sekitar era 80an juga,nama-nama seperti Gloria Vanderbilt,Calvein Klein dan Amanda Armani adalah antara pereka yang labelnya menjadi pilihan ramai.Fesyen 'stone washed jeans' juga tidak ketinggalan menjadi kegilaan ramai pada waktu itu.



Jeans kini !!

Kini jeans masih lagi menjadi pilihan anak muda.Malah penggayaan jeans kini jadi lebih meluas.Jika dahulu jeans hanya menggunakan bahan dari kapas,kini jeans turut ditambah dengan material Lycra bagi memenuhi keselesaan si pemakai.Hari ini pemakaian jeans antara lelaki dan perempuan boleh dibezakan melalui zip.Zip bagi seluar jeans perempuan lebih pendek berbanding lelaki.Jika dilihat pada zaman sebelumnya,remaja perempuan lebih suka untuk memakai jeans yang mempunyai zip yang lebih panjang.Perubahan ini adalah trend semasa yang akan terus mewarnai dunia fesyen jeans.




Harga jeans kini bukan sahaja bergantung kepada kualitinya malah ia juga bergantung kepada jenamanya juga.Jadi jangan kamu terkejut jika terdapat jeans berharga puluhan ribu ringgit.Kini jeans bukan sahaja dipakai untuk tuntutan fesyen semasa malah sesetengah individu selesa memilih jenama jeans sebagai lambang status dirinya..




INFO

Secara puratanya hanya 12% daripada duit yang kamu laburkan untuk membeli jeans akan pergi kepada si pembuatnya selebihnya hanya menjadi keuntungan kepada para penjual.
 


Photobucket

You May Also Like

1 marshmallow komen

Instagram