Berdebar untuk pesembahan Tarian Hari Anugerah Cemerlang
Twinkle twinkle little star.How I wonder what you are.Blah blah blah.Aku menyanyi dengan riang sambil d'ya marshmello berkata "Hey kamu semua.Dah lama i tak update entri kerana dengan yakinnya d'ya membebel sendirian oleh kerana blog ini sudah terlalu bersemak kerana tidak diupdate umpama hutan rimba."Hurmm.Hari ni d'ya nak membebel sorang.Kalau taknak dengar sila tutup mata dan tutup telinga.
Soalan cepumas ke ni? D'ya menyertai tarian sejak dari form 1.Itu pon suka-suka sebab d'ya tak minat pon menari-menari ni.Dah la kena lentok-lentok,postur badan kena betul.D'ya tak minat pon dulu sebab dulu d'ya gangster tau.Haha,dulu d'ya ala-ala tomboy sebab kelakuan d'ya yang suka bergaul dengan laki.Tapi tup tap tup tap bila dah masuk form 2,d'ya sudah mula jatuh hati dengan tarian hinggalah sekarang walaupun tak profesional pon..Heheheheh . Opps!
Auchak!! Hurm,sebenarnya d'ya busy dalam membuat persiapan untuk persembahan tarian Hari Anugerah Cemerlang yang berlangsung pada sabtu ni.Wah,tak sabarnya.Makin dekat hari makin berdebar la jantung d'ya.Aduh,tak pasal-pasal d'ya kena duduk bahagian depan sekali.Bayangkan macam mana la bila tibanya hari sebenarnya.Mesti nervous tahap gaban kan?Oh my god,harap-harap la d'ya dapat hafal step walau hakikatnya d'ya menari keras macam kayu. (!)Teruk la kena marah dengan jurulatih.Tapi d'ya anggap ini sebagai satu cabaran untuk d'ya.Apa?Ingat senang ke nak buat persembahan depan orang ramai.Banyak takut maa.Hanya orang yang merasa naik ke pentas saje dapat merasa betapa gemuruhnya darah mengalir.Haahha :)
Bila dah puas kena mara sebab tangan dok terliuk-liuk tapi tak betul jugak,akhirnya dapat juga d'ya menghafal step dalam masa 3 hari je.Wah,lihatlah duniaku.Lihatlah,just kena polish bagi nampak smoothy gitu.Kitaorang buat dua persembahan.Yang pertama tarian pembukaan apabila VIP datang dan tarian penutup majlis.Tarian pembukaan cikgu and jurulatih telah combine kan tarian makyong dan tarian selamat datang.Menarik kan?Penutup pula disertai dengan tarian Joget 1 Malaysia.
Kenapa d'ya minat menari?Best ke? Hurmmm :(
Soalan cepumas ke ni? D'ya menyertai tarian sejak dari form 1.Itu pon suka-suka sebab d'ya tak minat pon menari-menari ni.Dah la kena lentok-lentok,postur badan kena betul.D'ya tak minat pon dulu sebab dulu d'ya gangster tau.Haha,dulu d'ya ala-ala tomboy sebab kelakuan d'ya yang suka bergaul dengan laki.Tapi tup tap tup tap bila dah masuk form 2,d'ya sudah mula jatuh hati dengan tarian hinggalah sekarang walaupun tak profesional pon..Heheheheh . Opps!
Tak sabar kot nak buat persembahan.Walau tak sehebat mana,janji rock la.Asalkan kita dapat berbakti untuk sekolah tercinta.Cuba bayangkan satu majlis yang amat besar tidak diserikan dengan tarian,mesti pelik kan?Nampak tak berseri-seri.Huhu,d'ya sekarang dah macam kempen pilihanraya pulak sebab nak promote dengan you all jom kita sama-sama menyanjung warisan budaya bangsa kita.Bagus tau menrai ni,dapat keluarkan peluh,badan sihat otak pon cerdas.wah,panjang pulak i membebel.
Okay you all,dah masuk pukul tiga pagi.D'ya nak tido lena.Lagipun esok ada raptai penuh untuk HAC.Jadi d'ya nak simpan tenaga untuk esok.Huhu,okay la you all,sambung entri akan datang okay.Nak masuk tido dulu. hehe .Papai :)
2 marshmallow komen