Pancaran warna warni I-City

by - 4/15/2011 05:00:00 PG

  I-City..Aku kembali merinduimu.. 


Hai guys,mood untuk menulis entri semakin berkobar-kobar dan hari ni d'ya nak share dengan you all destinas kita untuk jalan-jalan.Yang penting jangan jalan-jalan cari pasal sudah la.Tak pasal2 d'ya jugak yang susah kan?Destinasi kita pada hari ni berkenaan pancaran warna-warni I-City.Pasti ramai yang pernah pergi I-City kan?



Sekali-sekala kita juga memerlukan sesuatu yang indah untuk dilihat?Betul tak?Lebih-lebih lagi jika pemandangan tersebut yang meriah dan bewarna-warni.Komfom la excited nak tengok kan?Kini,bandar raya Shah Alam semakin menjadi tumpuan dengan adanya kawasan yang diterangi cahaya-cahaya menawan lagi tertawan iaitu I-City.

Menjadi Tumpuan
I-City menjadi suatu tempat yang menjadi tumpuan banyak pihak dari pelbagai tempat.Bukan kerana terdapatnya tarikan pusat membeli belah ataupun pusat hiburan tetapi pemandangan serta keindahan lampu-lampu yang cantik dengan reka bentuk yang unik menjadikannya popular dalam masa yang singkat.Selain itu,I-City juga merupakan pusat komersial yang dilengkapi dengan maklumat dan kemudahan komunikasi.Terletak di Seksyen 7,Shah Alam sekaligus menjadikannya mudah untuk dilawati.Ia turut dipenuhi dengan sinaran jutaan lampu LED yang terang-benderang menghiasi kawasan sekitarnya.


Antara kemudahan lain ialah :- 
 Restoran steambot
 Gerai minuman
 Bazaar
 Tempat letak kereta bertingkat
 Skrin besar (ditonton di kawasan lapang )


p/s : Apa lagi,jom la pergi I-City,Heheheh :)



Photobucket

You May Also Like

2 marshmallow komen

Instagram