Resepi Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim

by - 4/09/2011 09:48:00 PG

Fuh d'ya terliur la bila nampak je spaghetti ni.Dah la spaghetti ni makanan feveret i.So,malam ni d'ya tak tahu nak update entri apa so i nak share with you all satu resepi yang diperkenalkan oleh ayah d'ya.First rasa memang sedap plus(+) enak hingga menjilat jari.Fulamak,pinjam tagline KFC kejap eh.Okay,tanpa merepek makan kerepek,jom try resepi ni.Memang you all takkan menyesal punya.


Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim


  

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


  •  1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
  •  1 tin sos carbonara Prego
  •  Sedikit isi ayam atau daging(guna yang kisar punya)
  • bawang putih (cincang)
  •  bawang merah (cincang)
  •  mushroom butang (dihiris)
  •  1/2 cawan susu segar
  •  Sedikit daun parsley
  •  Garam secukup rasa
  •  lada sulah.





Cara-cara

  1. macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
  3. masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.




Senang je kan,cuba try pasti takkan menyesal laa.Selamat Mencuba!


Photobucket

You May Also Like

9 marshmallow komen

Instagram