Resepi Ayam Masak Paprik

by - 4/01/2011 06:33:00 PTG




Selamat datang kembali ke blog D'ya Marshmello.Harap-harap you all happy selalu.Hari ni d'ya nak share resepi untuk you all.Aik,peliknya tak pernah-pernah aku post entri pasal resepi ni nape takde angin ribut tiba2 jer nak share resepi.Jangan sangka umur d'ya baru 15 tahun tak reti memasak pulak.Hahaha,lagipun sharing is caring.Banyak pulak celoteh,jom kita belajar resepi ayam masak paprik.Ni feveret d'ya tau.You all boleh cuba dekat rumah nanti okayy.



AYAM MASAK PAPRIK






Bahan-bahannya:-

 ½ ekor ayam, dipotong kecil
 4 biji bawang merah, ditumbuk
 2 ulas bawang putih, ditumbuk
 1 biji bawang besar, dimayang
 2 batang serai, dititik
 2 biji buah tomato, dipotong 4
 5 biji cili padi, ditumbuk (kalau suka pedas boleh tambah)
 2 biji limau kasturi, diambil jusnya
 5 helai daun limau purut, disiat-siat
 7 sudu makan sos cili
 6 sudu makan sos tomato
 4 sudu makan sos tiram
 3 sudu makan kicap manis
 bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
 minyak secukupnya
 air secukupnya
 garam secukup rasa
 serbuk perasa jika suka
 gula secukup rasa




Cara-caranya:-




 Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.

 Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap.
 Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
 Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato.
 Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi.Sedaapp !!Sedia dihidang






P/s: Tak susah mana pon nak buat resepi ayam masak paprik ni.d'ya just tengok cara mama memasak.Selamat mencuba. :)




sumber: google.com




Photobucket

You May Also Like

1 marshmallow komen

Instagram