Hapuskan Bintik Putih Dan Bintik Hitam (Part 1)
Sekilas pandang mungkin wajah kamu kelihatan bersih dan berseri.Tiada jerawat ataupun masalah yang mencacati wajah mulus kamu itu.Tetapi apa kata jika kamu ambil masa sebentar untuk amati wajah kamu!Bintik putih dan bintik hitam pasti ada dan jika ia dibiarkan mungkin akan timbul jerawat dan masalah kulit muka di kemudian hari! Bintik hitam dan bintik putih sememangnya menganggu kecantikan dan kebersihan kulit muka kamu.Menyedari hakikat itu,blog D'ya Marshmello membawakan kamu kaedah pencegahan dan rawatan kepada kedua-dua masalah mengunakkan kaedah moden dan lama.
HILANGKAN BINTIK PUTIH
Kaedah Tradisional
Selain daripada bintik hitam,bintik putih juga menganggu kecantikan kulit wajah kamu.Meskipun bintik putih agak sukar untuk dilihat tetapi jika dibiarkan kulit wajah kamu akan menjadi kasar dari hari ke hari.Jadi apa yang perlu kamu lakukan ialah hanya masak air sehingga mendidih,kemudian tuangkan air tersebut ke dalam sebuah bekas.Halakan muka kamu ke dalam bekas yang berisi air panas itu tadi dan pastikan wap air panas kena pada seluruh wajah kamu.Tetapi pastikan wajah kamu tidak terlalu hampir dengan bekas tersebut bagi mengelakkan kulit kamu terlalu panas.Biarkan selama 10-15 minit sebelum kamu menolak keluar bintik putih yang terdapat pada wajah kamu.
Kaedah Moden
Seperti kaedah rawatan bintik hitam,bintik putih juga kini sudah mempunyai kaedah rawatan secara moden.Penggunaan facial steamer sama juga seperti kamu menggunakan wap daripada air panas.Tetapi penggunaan facial steamer ini adalah lebih baik kerana kamu boleh mengawal suhu wap air yang keluar.Selepas selesai proses stim,tolak bintik putih sehingga keluar daripada wajah kamu dan bilas bersih muka kamu.
p/s: Setakat ini sahaja review beauty untuk hari ini.D'ya akan sambung untuk part yang kedua.Selamat membaca.Sila picit like dan butang komen :)
4 marshmallow komen