Wahai celcom broadband kesayanganku.Dengarkanlah luahan hatiku ini.Ku sanggup mengadap lappy semata-mata hanya untuk menaip entri tentang mu.Sepatutnya engkau lebih menghargaiku, tapi kini kau sudah berubah wahai celcom broadband yang pernah ku sanjung dulu.
Telah lama ku pendam semua ini.Bagaimanakah aku harus bersabar jika kau melayani aku seperti aku bukan kekasihmu? Kenapa dikau jarang melayanku selama ini.Bagaimana aku harus luahkan oh celcom broadband! Kini kau semakin dingin, hubungan kita semakin renggang.Bila waktu malam menjelma, kau menjadi lembab seperti siput babi.Dulu engkau pernah berjanji tak akan curang dengan ex-bofriend mu yang dulu, ENCIK SIPUT BABI =.=
Oh celcom broadband ku,
Tahukah dikau aku sangat la memerlukan dirimu.Tapi engkau buat perangai yang membuatkan ku muntah darah, rasa menyampah dan terasa ingin CLASH denganMU.Tahukah wahai sayangku Celcom Broadband, dulu kau laju lebih dari 5gb.Tapi kini tidak lagi, engkau sanggup musnahkan impian kita dengan mengikut ENCIK SIPUT BABI yang lembab ituu =.=
Buat pengetahuanmu oh Celcom Broadband, daku sangat memerlukannmu.Tapi tahukah kamu bahawa tanpa kamu hidup ku ini gelisah kerana terasa diri ini sunyi ibarat cicak kehilangan ibunya.Tanpa dikau aku tidak dapat menggedikkan diri dengan membuka internet.Tanpa dikau aku tak mungkin dapat online blog dan Facebook lagi.Aku tak mahu diri ini 'seperti katak di bawah tempurung'.Aku sangat kecewa denganmu oh Celcom Broadband.Aku tak mahu entri blog ku tak diupdate disebabkan kamu.Daku juga tak mahu entri blog disimpan dalam draf untuk dibuat pekasam. :(
Daku sungguh terkilan wahai sayangku Celcom Broadband.Perangai dikau semenjak bulan ini berubah, terus aku terasa diri ini 'annoying' denganmu.Sungguh ku kecewa tidak terkata, maafkan daku sayangku.Lupakan kenangan kita sayangku! Dikaau lupakan kenangan perkenalan kita dahulu, ketika ku cuba memikat dirimu.Kini kau tidak cantik lagi, tidak sehebat dulu.Dikau kerap berselisih paham denganku.Tapi aku tetap bersabar dan tak mahu clashkan diriMU. =.=
Oh celcom broadband,
Tapi kini aku kurang sabar dengan karenahmu.Kesabaranku telah sampai ke penghujungnya.Maafkan diriku yang hina ini, aku terpaksa membunuhmu.Aku terpaksa lupakan dirimu.Aku terpaksa hempas jasadmu sehingga pecah menjadi serpihan kaca pinggan mangkuk di dapurku.Aku terkedu dan tergamam kerana sanggup menyakiti badanmu.Badanmu kini terbelah dua, ibarat iklan coklat Kit Kat (yummmmyyy,!).Aku pegang jasadmu yang tak bermaya itu, ku rawat semula dirimu.Tapi malangnya engkau menghembuskan nafas yang terakhir.Tanpa ku sedari aku menangis tak berlagu.
Kini setelah beberapa bulan kehilanganmu, aku kini bebas hutang menanggung dirimu.Aku berasa sungguh gembira, kini telah tiba masanya aku mencari pengganti.Kerana kata orang 'patah tumbuh hilang berganti'.Kini aku sudah ada pengganti yang berjalan lebih laju dari mu yang lembab macam SIPUT BABI.Maafkan daku yang hina ini =.=
KINI DIRI INI SUDAH ADA PENGGANTI..
TAHUKAH KAMU SIAPA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maafkan daku oh sayangku Celcom Broadband.Kini aku terpaksa curang dengan denganmu walau aku sudah berjanji tak akan kahwin lagi selepas dirimu sudah mampos! Tapi aku perlukan skandal baru untuk ku bermanja-manja, untuk puaskan nafsuku yang membuak-buak untuk main game.Kini Wifi Streamyx lebih laju darimu.Seandainya kamu hidup, ku tahu dirimu pasti akan cemburu dengan kekasih hatiku.Kini setiap malamku, aku dilayan baik oleh kekasih baruku.Hanya kata akhir buatmu "Berukband Is Loser".huhuhu.Maafkan daku sobsobsob :(
p/s: maafkan daku Celcom Broadband, i hate you! =.=