Anugerah Blog & Blogger Popular

by - 11/17/2011 04:47:00 PG

klik banner di atas untuk join :)


Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini D'ya Marshmello dengan sukarelanya join contest yang sangat menarik iaitu 'Anugerah Blog & Blogger Paling Popular'. Wahhh, macam retis gitu kan? Rasa berbelah bahagi darab, campur, tolak dan macam-macam operasi matematik la bila nak join contest ni.Macam tak layak je kan dapat anugerah macam ni? Hukhuhuk dan kekadang diri ini merasakan tidak layak untuk bersaing dengan blogger lain hurmmm (chewaaah, kemain kau lagi, haha).Yela followers pun ciput je tak macam top blogger yang lain.Macam Anugerah Bintang Paling Popular pulak kan? By the way kite nak try jugak contest ini.So kalau you all nak join, boleh klik banner di atas okay :)

Eh eh tunggu jap! Nak join contest ni ada syaratnya tau..!


      
   
Serba Sedikit Tentang Blog D'ya Marshmello

Blog D'ya Marshmello mula ditubuhkan pada March 2010 dan semestinya blog ini bertemakan warna pink.Kenapa D'ya memilih warna pink sebagai warna tema dalam blog ini? Kerana warna pink melambangkan kelembutan dan kewanitaan macam tuan blogger sendiri hehehe! Dulu waktu mula-mula blog ini ditubuhkan, gaya penulisan blog ini tersangatlah skema.Followers pun ciput je, tapi aku bukan harapkan followers yang penting ialah pembaca setia blog yang tak seberapa ini.



Di atas ini antara header blog aku time zaman purba dulu, haha tak adalah cantik sangat sebab time tu new blogger kan, mana la nak tahu edit guna photoshop atau apa-apa software.Blog ini juga mengisahkan kisah hidup tuan blog, sedikit tips cinta dan kehidupan, info fesyen terkini.Selain itu juga, kalau yang nak hias/blog tu, D'ya juga ada sediakan tutorial blog dan freebies.Apa salahnya kita blogging sambil menyampaikan ilmu bak kata pepatah 'sharing is caring' kan kan heheehe.D'ya berkongsi setakat apa yang D'ya tahu je.Blog picisan ini takdelah sehebat blog-blog yang lain, sekadar blogging untuk suka-suka dan mencari erti kepuasan.Alhamdulillah semakin hari D'ya improve apa yang patut dalam blog ini seperti gaya penulisan dan tingkatkan traffik blog sebanyak mungkin.

                              Kenapa blog ini dinamakan D'ya Marshmello ?


Ilham untuk menamakan blog ini sebagai Blog D'ya Marshmello kerana tuan belog ini sukakan marshmallow bersalut coklat! Yummmmy! Suke sangat-sangat dan kadang-kadang diri ini tak terlepas hapdet blog sambil mengunyah marshmello yang lembut-lembut tue, heehehe.Blog ini juga tempat untuk diri ini berkongsi pengalaman, kisah hidup dan pengetahuan.Dengan tertubuhnya blog ini, segala kenangan dalam kehidupan seharian D'ya diabadikan sebagai kenangan terindah ecehhhh (huuu, mak ai puitisnya ayat die ni, heheh).Kadang-kadang untuk mengelakkan kebosanan pembaca blog ini pada tahap kritikal hehe, aku juga akan buat satu entri berkaitan info-info semasa.Takdelah pembaca bosan sangat kan dengar aku membebel tak sudah-sudah?

Harap-harap kali ini boleh menang contest ni.InsyaAllah, tuah ayam nampak di kaki but tuah manusia tiada siapa yang tahu kan kan? But aku suka sangat join segmen & contest macam ni, dapatlah mengeratkan silaturrahim sesama bloggers n share our experience together! (waaaah, speaking london plak kau enn haha) .Rasanya setakat ini jer kot bebelan aku. :)

Sesi tagging : eyriqazz & ainismaira

Contest ini mendapat tajaan dan kerjasama:
(visit mereka) :D

HADIAH BAGI PEMENANG AKAN DIUPGRADE SEKIRANYA BANYAK PENYERTAAN
hadiah:
-Video montaj perkenalan blog anda 
-Headset
-USB 2.0 4-PORTS HUB

*Sekiranya anda bernasib baik anda berkemungkinan mendapat sebuah EXTERNAL HARD DISK/IPAD!!!!!! T&S
(Sesiapa yang ingin menjadi penaja tambahan sila inform di FB Fixx Mikz)

Tujuan Contest :
Menghargai blogger-blogger yang sedia ada sama ada yang baru mahupun yang lama... Sama-sama kita mengeratkan ikatan silaturrahim antara blogger-blogger di malaysia.

p/s: doakan D'ya menang contest ini :) goodluck guys! pendapat korang pulak tentang blog ini ?


jom klik banner di bawah :)


You May Also Like

1 marshmallow komen

Instagram