Selena Gomez Ucap Tahniah Kepada Pasukan Malaysia

by - 11/21/2011 11:16:00 PTG

Tahniah diucapkan di atas skuad kebangsaan kita kerana berjaya merangkul pingat emas dalam sukan SEA menentang Indonesia.Paling aku eksited mengadap tv tengok bola semalam time penalty.Buat suspen beb! Berdebar-debar kot macam la aku yang main time malam final tuhh (ayat poyo jerr lebih).

Hari ni malas nak post panjang-panjang sebab aku tahu dan teramat la pasti hari ini pasti ramai orang demam bola gara-gara perlawanan semalam! You all memang terbaik kerana berjaya harumkan nama Malaysia.Dengan kemenangan itu juga, ramai artis mengucapkan tahniah di atas kemenangan pasukan Harimau Muda.Tidak ketinggalan juga, artis antarabangsa turut memberi respon positif kepada pasukan Malaysia.Haha, apa yang dorang dok comment tu? Jom lihat ?



Haha aihh ape pasal korang senyum depan lappy sorang-sorang tu? Anyway aku bangga gila jadi anak Malaysia.Akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia.Alhamdulillah, kepada pihak lawan (Indonesia) yang kalah, its okay. Cuba lagi pada masa akan datang kerana semua yang lawan pada malam semalam adalah juara :)

p/s: semalam status FB penuh dengan status bola, adoi pening aku tengok.Time goal lagi la tak boleh blah, nak pecah satu blok ni gamaknya.huhu


You May Also Like

1 marshmallow komen

Instagram