Siapa Nak Free Photoshoot ?

by - 11/23/2011 09:36:00 PTG


Assalamualaikum w.b.t

Wahh dengar jer free photoshoot ramai yang terlebih eksited kan ? Siapa taknak free photoshoot? Anda mahu? Hafizudin Hamdan telah mengadakan satu contest yang agak menarik sekali ! Hadiah yang ditawarkan sangatlah best & menarik! Harap-harap kali ini dapat la menang.Kawan-kawan ayuh join ramai-ramai untuk memeriahkan lagi contest kali ini.Bayangkan kalau dapat free photoshoot dengan jurugambar yang profesional.Boleh la jadi model sambilan tanpa dibayar, ekeke! Jom join? Syarat-syaratnya ?




1) Mestilah seorang blogger & mempunyai follower minimum 50 orang. Ye saya seorang blogger & mempunyai follower lebih daripada 50 orang.

2) Pilih satu atau dua gambar atau beberapa keping gambar yang anda suka di blog Hafizudin Hamdan dan ceritakan di blog anda mengapa anda sangat suka dengan gambar-gambar tersebut? Jangan lupa sertakan link gambar yang anda pilih ye :)




Gambar pilihan saya ialah ...............


DSC_0056


DSC_0036


3) Ceritakan kenapa anda suka gambar yang anda pilih?

Saya pilih beberapa keping gambar ini kerana gambar ini menunjukkan ekspresi cinta yang paling sukar untuk dilupakan.Hanya gambar yang menceritakan segala-galanya.Pasangan cinta dan muzik adalah satu gabungan yang sangat istimewa.

Di saat hati pasangan cinta ini saling terpaut, rancak ketawa dan berkongsi suka dan duka.Itulah yang dirasakan oleh pasangan cinta ini saat cinta disemai dengan penuh kemesraan.Hanya gambar menjadi saksi yang menterjemahkan segala-galanya.

Terpancar watak pasangan cinta ini yang gemarkan muzik sebagai salah satu untuk membuktikan 'chemistry' mereka dalam perhubungan percintaan.Selain dengan background yang amat istimewa semasa sesi fotografi pasangan ini, ekspresi cinta pasangan ini diperkukuhkan lagi dengan gaya ala vintage yang ringkas dan selesa! Dua elemen penting dalam penampilan pasangan bercinta ini tidak kira di mana dalam apa jua keadaan.



4) Akhirnya selesai juga perah otak untuk buat karangan ini.Harap-harap penganjur suka! Selesai buat entry contest, anda segera email entry contest anda ke hafizudin.hamdan@gmail.com .Pemenang akan dinilai 100% melalui kehebatan karangan.Hope kali ini boleh menang.Kepada kengkawan yang mahu join contest ni, jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain sebelum terlambat kerana contest ini berakhir pada 10 Disember 2011.

p/s: boleh ke menang ni? Kalau you all nak buat pre-wedding pun okay jugak. Pasangan yang belum berkahwin atau sudah berkahwin juga layak join contest ini? 

klik cepat kalau nak hadiah RM 100 cash !



You May Also Like

7 marshmallow komen

Instagram