Benarkah Cantik Syarat Untuk Couple ?
Sapa ada boyfriend sila angkat tangan? Best tak ada boyfriend ? Hahaha ayat aku macam tak boleh blah kan? Bila kengkawan aku sibuk meluangkan masa dengan boyfriend masing-masing, kekadang aku rasa jeles, terasa dengki? Ish ish, tak baik kan pikir macam ni? Bak kata kawan aku hidup ini indah bila ada boyfriend and someone who love and take a good care of you? Ecehhh, tetapi aku peduli apa? Jeles mak tau!
Kalau setakat admire tu pernah la, tapi bila aku pikirkan yang aku still ni study, tak mahu buang masa dengan benda-benda macam tu, terus aku terpikir? Ada betul jugak kata mak aku, bercinta sekarang belum tentu akan bawa ke mana-mana, biarlah masa yang menentukan segala-galanya.(haaaaaiii, ape pasal entri aku kali ini ade unsur jiwang eyhh ? hmm).
Benarkah cantik syarat untuk couple ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

errr, sory iklan kejap hehehe *gambar ini tiada kaitan, harap maklum!
Berbalik pada topik kita hari ini, sekarang aku perhatikan ramai girl termasuk aku tak terkecuali, taksub untuk jadi cantik bukan sahaja kerana mahu menjadi perhatian, malah ingin menjadi 'the best' untuk insan tersayang.Bohonglah kalau aku katakan di sini semua perempuan tak mahu jadi cantik? Siapa tak nak cantik kan? Lumrah alam, semua inginkan jadi perfect tapi apakan daya even kita perfect sekalipun, kita tetap manusia biasa.
Ada juga yang terlalu taksub untuk jadi cantik dengan melakukan rawatan sana sini, suntik sana sini.Adakah semua ini berbaloi ? Rasanya kecantikan semulajadi bermula dari hati yang suci, ecehhhh tetapi betul la kan? Mungkin ada tips yang membantu untuk korang ? Let's check it out!
Hmm, benarkah cantik syarat untuk couple ? Pendapat anda pula ?
10 marshmallow komen