Perempuan Tak Suka Lelaki Jealous Tak Bertempat

by - 11/28/2011 02:34:00 PG


boys, calm, cute, jealous, jelous

Ingat kan perempuan jer jealous tak bertempat? Rupanya ada juga lelaki yang kuat cemburu.Kalau cemburu sikit-sikit tahap biasa takpela jugak, macam mana kalau cemburu tahap gaban bahayanya? Sampaikan semua yang ada  depan mata serba tak kena? Haha kiranya majoriti lelaki yang kuat cemburu berlebih-lebihan ni agak  'sengal' pada pandangan aku la.Tak percaya ? 



GF : Sayang, sory late reply message sebab i baru je balik dari sekolah.Tadi pun terpaksa stay sebab ada aktiviti kokurikulum.I'm soryy.

BF : Ni apehal you balik lambat? Bukan kelas tambahan hari ini habis awal ke? Semalam text hari ini nak balik awal la ape la, ni mesti kes lepak dengan laki kat kantin kan? Entah-entah lepak dengan jantan lain, Betul tak?

GF : Mane ada! Memang la tadi ada terserempak dengan kawan laki, tu pun sebab dia tanya pasal kerja sekolah.So sebelum nak balik, lepak kejap dengan membe.

BF : Ni mesti lepak dengan si polan tuh kann? Benci larh, dah lepas ni aku taknak kau lepak dengan sape-sape lagi? Lepas habis class terus balik! Kau kena dengar cakap aku! Paham?!

GF: Laaaa, die tu classmate i jer, yang you nak jeles lebih-lebih ni apehal? Nak buat tu tak boleh, ni tak boleh.!


** Nota kaki : Ish ish kalau yer pun takkan la dengan classmate gf sendiri pun nak jealous.Tu baru jer jadi awek, belum sah menikah lagi.So lelaki tak ada hak untuk kongkong si perempuan berlebih-lebihan.Kalau jadi bini, alamatnya si bini duduk rumah jela buat pekasam basi lolz XD .




Kakak : Mama, kakak nak tanya sikit boleh tak mama ?.Kenapa kan sekarang ni ramai pakwe/tunang/suami tak izinkan awek/tunang isteri dorang pakai lawa-lawa bila nak keluar.Kadang -kadang sampaikan perempuan tu pakai selekeh je, muka pun pucat macam mayat hidup.Maybe pakwe/tunang/suami taknak lelaki lain pandang awek/tunang/isteri dia kot! Mungkin dia tak nak awek dia jadi perhatian?

Mama : Kenapa pulak jadi macam tu? Mama rasa tak salah kalau perempuan tu melawa bila dia nak keluar, at least perempuan tu tak berhias melampui batas. Kalau boleh biarlah perempuan tu bersih dan sedap mata memandang.

Kakak : Tapi kan mama kakak hairanlah, mungkin laki tu takut jantan lain pandang awek die yang cun melecun tuuhhh.Sebab tu la die kongkong awek/tunang/isteri die berlebih-lebihan?

Mama : Ishhh mama tak suka lelaki macam tu, tu baru je jadi girlfriend.Esok-esok kalau dia dah kawin acamne? Mahu dia baling isteri dia dari tingkat lima. Cemburu tu biarlah bertempat.Mama rasa lelaki tu patut bersyukur sebab dapat pasangan yang cantik.Sepatutnya dia bersyukur, bukannya mengongkong habis-habisan.Asalkan kita berhias tak melebihi batas.Bahaya la lelaki macam ni, tak pasal-pasal bila dah kawin cepat jer naik tangan sebab jeles tak tentu pasal.

Kakak : Betul tu mama, belum ada apa-apa ikatan sah lagi dah jeles bagai-bagai.Sampaikan mengongkong pergaulan dalam sosial kemasyarakatan.Nak buat tu tak boleh, ini tak boleh.Nak blogging dan on Facebook apatah lagi? Berkawan pun tak boleh apatah lagi nak berbual.Sedangkan ramai lagi laki lain yang dah berkawin still berkawan dengan kawan perempuan yang lain.Pokok pangkal nawaitu kita, berkawan biar seribu, bercinta biar satu.Betul tak mama?

Mama : Betul tu sayang anak mama, macam mana kalau girl tu ada tugasan dekat universiti atau di tempat kerja yang memerlukan tugas berkumpulan atau berlainan jantina, kan susah? 




Kedua situasi yang aku berikan ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.Kedua-dua situasi di atas jelas menggambarkan bahawa nowadays bukan perempuan je cemburu buta, laki pun ada jugak.So kepada yang yang terasa, maaflah.Ini just pendapat aku jer.Cemburu berlebih-lebihan ibarat api yang sedang marak. So yang terasa watlek jela.peace no war :)

p/s: aihhhh, mak benci tau laki macam ni! Eeeww so kepada gegurl sekalian, jangan biarkan lelaki bukan muhrim mengongkong kehidupan remaja anda.lolz XD

You May Also Like

5 marshmallow komen

Instagram