Kepuasan Sebenar Hanya Di Tutti Frutti

by - 11/24/2011 09:17:00 PG

Dscn0306_large

Sluurrppp sedap hingga menjilat jari! (pinjam iklan KFC jappp, hehehe).Siapa dekat sini penggemar aiskrim / yogurt sila angkat tangan cepattt ? Rasanya Tutti Frutti semakin popular dan disebut-sebut orang ramai.Bohonglah siapa yang tak pernah dengar aiskrim yang melettuup gitu di mana Tutti Frutti kini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar Malaysia dan of corse la ia menjadi ikutan buat remaja dalam menikmati hidangan pencuci mulut ni.


Orang kata makan aiskrim banyak-banyak boleh buat orang gemuk, but don't worry kerana pencuci mulut yang disediakan di kedai Tutti Frutti ini berkhasiat dan tidak menganggu kesihatan korang.Kalau korang nak tahu Tutti Frutti ini memang best giler and tak rugi kalau korang luangkan masa cuci-cuci mata sambil menikmati aiskrim slurpp k (please jangan wat aku lapar time malam-malam cmni, haha!).

Kalau korang nak tahu Tutti Frutti ini menawarkan 18 perasa yogurt dan pelanggan boleh memilih 36 jenis bahan tambahan untuk menyedapkan lagi sajian tersebut.Kalau nak tambah lagi sedap boleh la korang letak makanan tambahan seperti strawberry, marshmallow n sebagainya.Antara perisa yang aku paling suka ialah perisa coklat & vanilla.Memang feel habes layan Tutti Frutti ni sampaikan mamat hensem lalu depan belum tentu nampak tau tau (aisshh, hiperbolanya ayat aku niyyh, huhu).

wahhh, sedap lorh. saya nak semua sekali bolehh ?

Bukan perisa vanilla dan coklat je ada, macam-macam perisa ada kat Tutti Frutti ni.Selain itu, ada perisa laici, mangga, vanilla, strawberry pisang, anggur, coklat n macam-macam la.Ecehhh nak promote larh ni.Kesian kan aku? Selalu sangat jadi promoter tanpa dibayar gaji, sobsob (mintak simpati lolz XD).Kalau aku hari-hari aku pergi Tutti Frutti ni, memang aku rembat habis segala yang ada dalam kedai tu, yela penggemar aiskrim katakan? Memang sape-sape yang bawak aku gi jenjalan kat Tutti Frutti ni bankrap habis dikerjakan aku haha.

 "Cik D'ya Marshmello,nak tanya boleh tak? Apa kebaikan Tutti Frutti ni?"

Okay sekarang aku akan terangkan (ecehh, bajet cikgu lak kau ni) antara khasiatnya ialah mampu meningkatkan tahap ketahanan imunisasi tubuh, mengelakkan dari kanser kolon, mampu mengurangkan tahap tekanan darah and bla bla.Kalau aku terangkan banyak-banyak komfom tak habess kan, karang ada gak yang menyampah aku post panjang-panjang.Okay *sudah lari topik lolz XD T___________T

Kemudahan lain yang ada kat Tutti Frutti ni turut disediakan kemudahan wi-fi, boleh la on Facebook sambil menikmati aiskrim kan T______T ? serta LCD demi mengikuti cita rasa golongan remaja yang lebih menggemari suasana lepak yang penuh informasi.Okay, sekarang mesti korang tertanya-tanya harga aiskrim di Tutti Frutti ni kan? Mahal ke murah? 

Tumblr_lr6lnjolyu1qfji2jo1_500_large

Tutti Frutti menampilkan tiga pilihan warna cawan iaitu hijau (cawan kecil), jingga (cawan sederhana) dan merah (besar).Malah buat pengetahuan korang setiap harga sajian akan ditentukan melalui berat selepas pelanggan selesai memilih bahan yang diinginkan dengan caj sebanyak RM 5.30 bagi setiap 100 gram.Jangan tak tahu Tutti Frutti juga menawarkan promosi di mana khas buat pelajar akan menikmati diskaun sebanyak 10% dengan hanya menunjukkan kad pelajar pada setiap hari bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat.

Untuk pelanggan wanita sekalian pula diadakan "Ladies Day" pada setiap hari Selasa dengan menyediakan potongan sebanyak 15%.Jadi apa lagi korang tunggu lagi, datanglah merasai sendri kehebatan rasa yogurt sejuk Tutti Frutti yang menjanjikan kepuasan sebenar.

Di Mana ?
- Lokasi : Tutti Frutti Frozen Yogurt, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
- Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam :)




p/s: urgh, penat aku jadi promoter tak berbayar hehe.Anyway jom singgah Tutti Frutti ! Ade tak sape-sape nak belanja aku ker? (urgh, wat muke kesian ..:P)

You May Also Like

25 marshmallow komen

Instagram