Bila Facebook Jadi Platform Untuk Tunjuk Poyo
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia :)
Sekarang fenomena Facebook yang kian melanda tak kira umur sama ada budak yang baru berusia 5 tahun, makcik pakcik, atuk nenek serta moyang tidak ketinggalan mahu memiliki account Facebook.Sekarang hampir semua orang di dunia ini memiliki account Facebook atau lebih dikenali sebagai "muka buku".Alaaaa, yang nyanyi lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif.Dunia semakin maju dengan teknologi yang semakin canggih.Bolehkah korang bayangkan apa yang akan terjadi Facebook atau laman sosial lain pada 10 tahun akan datang?
Adakah ia kekal "muka buku" yang sama?
Adakah Facebook sudah pun lupus
ditelan zaman?
atau
atau
..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.
atau mungkin Facebook sudah bertukar wajah menjadi ..
Oh tidak! Mungkinkah semua ini akan berlaku? Annoying sangatkah Facebook hinggakan ia berubah menjadi laman sosial "muka buku" .Persoalannya kenapa ramai orang jadikan Facebook sebagai platform untuk lepaskan geram, untuk luahkan perasaan cintan-cintun yang bersarang di hati sanubari (chewaaaahhh). Opps, terasa mak tahuu ! Itu dulu sewaktu zaman jahiliyyah aku, hehehe tapi semakin hari aku semakin matang dalam kehidupan.
Kalau korang tension atau ada je benda yang tak puas hati, agak-agak apa yang korang buat eyh? Yeah, aku tahu jawapannya.Mesti korang luahkan perasaan tak puas hati korang umpama gunung berapi yang hampir meletus di dalam Facebook right? Itu yang kadang-kadang kita boleh nampak ramai dok mencarut, mengeji antara satu sama lain, kutuk mengutuk.Isshhh,
aku suka sangat dengan quotes di atas :)
Itu belum termasuk artis/selebriti mencarut dalam FB, menggunakan perkataan kesat kepada artis lain.Sangat annoying kan? Itu belum cerita budak yang tunjuk hot dalam FB, dekat luar pengecut sampai pijak gajah pun belum tentu gajah tu akan mati tau! Inilah kata-kata orang tua "marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya".Aku sendri pun paham setiap manusia ada emosi tersendiri termasuk diri aku jugak.Tapi please jangan tunjukkan kebodohan kita sendiri dalam laman sosial.
Dulu aku pernah buat benda yang sama, yeah of corse setiap manusia tak akan pernah terlepas membuat kesilapan.But tak salah kalau aku jadikan blog ini sebagai platform untuk menyampaikan dakwah or membetulkan apa yang salah.Kalau tension tu atau terasa mahu tendang je laptop depan mata, sebaik-baiknya tak payah la update status yang negatif (nasihat untuk diri aku sendiri hee) di mana boleh mengaibkan diri sendiri dan orang lain.I think banyak lagi benda yang korang boleh buat seperti istighfar dan tenangkan diri serta kawal emosi.Rasanya lagi mujarab berbanding korang memaki hamun tak tentu arah dalam FB right?
Sokong sangat dengan kata-kata Ustaz Azhari Idrus.Jangan ingat diri kita je ada masalah dalam dunia ini.Yang membezakan diri kita ini BIJAK atau BODOH ialah bagaimana kita kawal perasaan marah di dalam diri kita sendiri.So jangan pamerkan kebodohan kita di depan orang lain.I know masing-masing ada hak dengan Facebook masing-masing, but itulah yang TERBAIK.
Kadang-kadang tanpa kita sedari, Facebook kini sudah menjadi medium sebagai tempat untuk berlumba-lumba benda-benda yang remeh temeh.Ada pulak yang putus cinta, setiap minit mesti akan update status.Sampaikan LIKE STATUS sndiri pun boleh jadi isu ? Ada juga yang rasa minta flying kick free update status bahawasanya mengatakan bahawa orang yang suka update status setiap minit = suka mencari publisti murahan ? Dulu aku suka sangat update status yang merapu, sekarang benda tu aku rasakan annoying terus aku stop? Sebenarnya depends pada you all bagaimana you all mengendalikan Facebook secara berhemah! (wahhhh, panjang pulak takzkirah aku kali nieyy, leh masuk book of records ni, kui kui kui).
Tetapi aku sekarang suka blogging, i think blogging is better than FB.Sebab aku rasakan FB ni semakin lama semakin merepek-repek.Sory guys pada yang tak suka kenyataan aku.Now kalau aku online pun, aku lebih addicted pada blogger.I love blogging very much! Kekadang bila ushar wall rasa ada something yang menyemakkan mata aku.Oh no kerana aku rasa sangat annoying dengan ayat-ayat bunga camni.I think semua orang ada hak untuk luahkan perasaan, but tempatnya macam tak sesuai la, maaflah dik.Kau tu muda lagi, apa kata study dulu baru bercinta ye :)
Actually aku tak ada la jahat sangat nak doakan pasangan yang sedang asyik dok bercinta and update status cintan dalam FB terutama budak primary school.Alahaai, baru darjah 3 dah nak bercinta ye dik? Then siap update status bunga-bunga lagi.Cuma aku takut depa termalu je satu hari nanti.
credit : Zoombeez
Terbaik la bro! Memang aku tabik bila kau berani sound dalam Facebook macam tu.Aku sokong 300% sangat la.Lumrah manusia, rasa ingin dicinta dan dicintai, (eh macam mana aku tahu ni), tapi bila je dah putus hubungan, mula la merepek tulis status kat wall FB, patah hati la konon.Paling menjengkelkan ,hari ni update relationship with Mohd Aiman .Tak sampai satu minggu kot terpampang status single pulak.Beberapa hari kemudian, update status married to Khairul Amri .Amboi kemain lagi kau eh main tukar-tukar status.
p/s: entri pengajaran buat diri AKU sendiri hehehe dan juga anda semua yang membaca post ini.Pendapat korang pulak bagaimana? Jom komen!
suka entri, sila la like & comment :)
10 marshmallow komen