Jom Jelajahi Dunia Dengan Twitter

by - 12/05/2011 12:11:00 PG



Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ini macam-macam laman sosial yang menghubungkan kita dengan rakan-rakan hari ini seprti Facebook, Myspace, Friendster dan Twitter juga tidak ketinggalan yang menjadi aktiviti paling popular bagi remaja macam aku hahaha.Aku pasti ramai yang still tak tahu apa itu Twitter? Twitter tu menatang apa eyh? Macam dulu aku memang jahil dalam bab-bab Twitter ni.Orang lain buat Twitter, aku pun sibuk gatai tangan nak sign up jugak hehe! Best ke Twitter ni? Hari ini aku akan bagi penerangan serba sedikit apakah itu Twitter? Ia makin popular tetapi masih ramai yang kurang paham tentang fungsinya.Let's cekidout :)

Twitter adalah sama seperti Facebook iaitu social networking di mana ia lebih kepada ruangan untuk kita bersosial, mencari kawan, mempromosikan perniagaan dan produk, share link blog, mendengar pendapat orang ramai dan sebagainya la.Dan yang paling bestt kita boleh berhubung secara langsung dengan selebriti kegemaran kita.Artis ? Pengacara TV ? dan juga ramai lagi tidak kira dalam atau luar negara.Bunyi macam besh kan?




Twitter juga ada microblogging iaitu bertindak seperti blog.Tapi Twitter mengandungi post yang sangat simple dan ringkas.Hanya mengandungi 140 perkataan dan inilah yang dikatakan dengan tweets.Di mana kita akan menerima dan membaca text tersebut dalam bentuk tweets.Kiranya tweet ini ibarat seperti kita main SMS gituuu haha tapi dalam versi internet la.Untuk pengetahuan korang juga, tweets yang kita post akan dihantar secara automatik ke semua rakan Twitter yang menjadi follower kita.Untuk sesiapa yang baru je sign up Twitter tuhh, boleh tengok video tutorial dekat atas ni okay.

Dulu akulah orang yang paling ketinggalan sekali dalam bab-bab Twitter ni.Ada account, tapi jarang sangat bukak.Then lama-lama belajar, dah tahu sendiri hehehe.Yang penting jangan cepat mengalah untuk belajar sesuatu perkara.So kesimpulannya, dengan menggunakan Twitter, pengguna akan menjadi up to date sebabnya kita dapat mengikuti perkembangan terkini setiap perkara yang ada dalam dunia ini.

Kalau still tak paham lagi, nantikan tutorial sign up Twitter pada entri akan datang.Yang dah ada account Twitter senyap-senyap jela ye.Duduk diam-diam, pi main jauh-jauh.Hehehe, apa lagi? Jom kita sesama follow-mempollow D'ya Marshmello.(haha, rosak bahasa).Sudi-sudi la follow kiter ye kengkawan, boleh klik gambar burung twitter yang comel lote kat bawah ni hehehe.


Nak pasang burung twitter terbang dalam blog, boleh pergi ke SINI.So, kepada sesiapa yang sudi follow tu thanks ye.Sayang korang sesangat haha :) Daaa

Photobucket

You May Also Like

3 marshmallow komen

Instagram