Pelik Sangat Ke Berbaju Kurung ?
"Ehh apesal kau pakai baju kurung ha? Dah macam budak kampung!"
"Poyo! Pakai baju kurung nak cover cun lettew"
"Macam la cantik sangat pakai baju kurung, macam minah pegi pasar je!"
Siapa yang mulut jahat tahap mulut longkang tuh? grrr meh sini nak cilikan mulut tu pakai cili api.Inilah persepsi budak remaja zaman sekarang, asal pakai baju kurung je mesti cop "BUDAK KAMPUNG".Jangan sentap dengan entri kali ini.Idea aku nak update pasal entri ni bila aku terpandang picture aku memakai baju kurung dalam laptop.Rasanya dua tahun yang lepas kot.Entahh tak berape ingat la.Maklumlah dah tua kihkihkih3 T_____T
gambar terbaru : Time Majlis Solat Hajat Sempena PMR di Masjid Negara
"Kan manis barbaju kurung".Itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh ayah aku bila aku pakai baju kurung.grrr, kembang semangkuk kejap hihihi.Siapa cakap berbaju kurung tak boleh bergaya? Siapa cakap kalau keluar tengok wayang kena pakai vogue-vogue je?
Well jangan terperanjat bila roomate lelaki aku cakap dia suka tengok perempuan pakai baju kurung.Aku pun agak blurr kejap bila dia cakap macam tu.Maklumlah, ada sesetengah lelaki suka mencuci mata dengan perempuan sexy *sesetengah je okay.Jangan sentap lagi hahaha.But my opinion kalau aku jadi lelaki pun, aku terpikat dengan girl yang pakai baju kurung.Nampay ayuu gituu lolz x)
"Ehh pakai baju kurung macam budak kampung larh! Tak gojes langsung!"
Aduh sentap mak nak! Dan satu penyakit aku bila time nak keluar pegi jenjalan ,mesti aku pening nak pakai baju ape lagi-lagi nak pegi class tuisyen? Even baju dekat dalam almari berlambak, tapi still pening nak pilih baju yang mane untuk dipakai? Biasa la perempuan, benda macam tu pun nampak remeh kan? Cuba lelaki, simple je.Pakai apa yang ada muahahahha =,=
But pendapat aku baju kurung adalah penyelamat dalam semua situasi dan keadaan.Terus terang aku cakap, penyelamat untuk kelihatan selesa dan tidak janggal ialah dengan berbaju kurung.Okay aku mengaku, aku takdelah setiap masa keluar pakai baju kurung kecuali bila ada class memang rajin.Kekadang keluar pun pakai jeans je, actually ikut mood huhu >.<
Tapi aku tengok makin lama makin kurang perempuan yang suka pakai baju kurung.Lelaki of corse dah out hahaha.Memang jarang sangat lagi-lagi kalau pergi mall macam Midvalley dan KLCC.Kalau pakai pun certain majlis je dan kalau ada pun dua tiga orang jela yang pakai baju kurung.Kekadang dulu aku pernah sekali keluar dengan memakai baju kurung, ada la dua bijik mata mata memandang.But aku ignore je, peduli apa mak? Pelik sangat ke berbaju kurung? <3
Berbaju kurung itu sangat manis plus muka korang akan double-double comel. Erkk sori ayat terlebih hiperbola.Actually buat pengetahuan korang, lelaki suka perempuan pakai baju kurung? Eh betol ke wahai kaum adam sekalian? grr, itu semua bergantung pada pendapat masing-masing.Maaf anda tersilap bicara, buat peace ;)
p/s: grrr, salah ke aku berbaju kurung? Persoalannya pelik sangat ke berbaju kurung? T_______T
5 marshmallow komen