Meet Lisa Surihani (Ombak Rindu) at TGV Wangsa Walk

by - 12/08/2011 07:58:00 PTG

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Ewahhhh dengar je tajuk post nama 'Lisa Surihani' dekat dashboard korang bukan main eksited lagi kan hehehe? Percaya tak aku jumpa retis? Bajet korang tak pernah jumpa pulak hahaha.Sebenarnya sempena program cuti sekolah, cikgu tuisyen kami membuat satu program iaitu program menonton wayang bersama pelajar pusat tuisyen Ilmu Studio di TGV Wangsa Walk Mall yang berlansung pada 8 Disember 2011 semalam sempena filem Ombak Rindu yang sekarang tengah meletupp gituu.


I'm very happy sebab segala kos ticket ditanggung oleh Sir Ven Suci.Dengar cerita sir dah membelanjakan beribu-ribu hanya untuk ticket wayang untuk pelajar Ilmu Studio sahaja! Love you sir! Cikgu memang pemurah!

status on my Twitter (promote kejappp hehe)*follow la sy ye,kihkihkih ;D



status Lisa Surihani ;)

Setelah bergerak dengan member kamcing untuk pergi ke TGV Wangsa Walk, dalam hati eksited sebab tak sabar bila dengar sir nak belanja kami! Korang jangan jeles auww! Kihkihkih, sementara menunggu wayang start, we all beli la popcorn & air coke terlebih dahulu.Tetibe aku dan kawan-kawan yang lain dikejutkan dengan announcement oleh sir kami.

Sir Ven Suci : Perhatian semua, harap kamu semua dapat bersabar kerana skejap lagi artis akan datang.

Aku & lain-lain : Elehhh, sir ni menipu je lebih.Takkan la artis nak datang kott time-time camni.

Serius time tuhh aku pikirkan cikgu hanya menipu untuk betulkan keadaan yang memang agak bising dan riuh rendah.So aku pun buat dont know je.Tapi tak sangka pula Lisa Surihani yang comel sudi meluangkan masa dengan kami.Wahh terharu rasanya, k aku malas nak cakap banyak-banyak, jom kiter layan gambar ;D

 


 


tak sempat nak bergambar dgn Lisa sebab sesakkk owhh






Ini serba sedikit gambar yang sempat ditangkap.Selebihnya ada dalam Facebook D'ya Marshmello.Actually time tu rasa sesak sangat sebab semuanya berhimpit-himpit sebab retis datang.Kesian la sesiapa yang pendek tuuh yang dok belakang sebab tak dapat tengok Lisa Surihani **ayat perli diri sendiri huhuhu.Tapi takpela, asal dapat tengok dia berlakon dalam filem Ombak Rindu pun sudah memandai hehehe.

Overall cerita Ombak Rindu memang terbaik seperti yang diperkatakan selama ini.Memang tak rugi la kalau tengok but my opinion, aku lebih suka dengan filem Lagenda Budak Setan berbanding Ombak Rindu.Yang lain semua jiwang karat but aku kawan aku pelik kenapa aku tak menangis time babak sedih jiwang leleh? Jawapan yang sangat mudah, aku malas nak menangis sebab nak control ke'macho'an aku ahahha sentap mak nakk! After that, kiteorg jenjalan pegi Tutti Frutti, Wangsa Walk! Jom layan gambar ;)







*sila abaikan muka sengal aku ahahahah













muka tanpa secalit make-up, pucatnya! ;(


Fuhh fuhh penat nak upload gambar ni satu-satu.By the way this is the best moment in my life! Tutti Frutti is the best! Kalau korang yang still terpinga-pinga apa itu Tutti Frutti, korang boleh baca entri lama aku yang bertajuk Kepuasan Sebenar Hanya Di Tutti Frutti.Khidmat pelanggan yang sangat memuaskan, harga pun berpatutan.Sekali aku timbang, harga pun tertera iaitu sebanyak RM 11.15 .Wahh mahalnya, takpela.Nasib baik kau sedap kalau tak, tak tahu la nak cakap apa.


cantik tak Tutti Frutti aku? kihkihkih, sedaapp ;)

p/s : hhmmmm agak-agaknya bila sir nak belanja kiteorang lagi? Tahun depan eyh sir belanja kami lagi, kihkihkih ;) sir kan baik lolz x)

Thanks sebab sudi membaca ;)


Photobucket

You May Also Like

12 marshmallow komen

Instagram