Lelaki Malaysia VS Lelaki Korea
Mesti ramai yang sentap dengan topik kali ini.Lebih-lebih lagi lelaki idaman malaya.Haha relaks bang! Jangan sentap sangat, nanti tak laku macam mana bang? Hehehe jangan mara.Kenapa perlu pilih lelaki korea? Apa specialnya dorang ni.Lebih-lebih lagi semenjak ni ramai orang demam K-POP.Seriusly aku tak minat korea, sebab entah la.But aku suka fashion gadis korea.So sweet la, mengalahkan model yang tiptop.Fesyen dorang pulak alahaii meletupp gituu.
Fenomena k-pop sudah menjadi ikutan.Tak kira dari segi fashion, rambut, tarian dan semualah menjadi ikutan muda-mudi.Bercakap tentang populariti, ramai juga yang beranggapan lelaki melayu sekarang tidak laku! Opps sentap hati mak! Semua gegurl pilih lelaki korea? Aku sendiri tak tahu ape specialnya mamat korea ni? Cuba cakap dengan aku siapa yang tak kenal kumpulan k-pop menjadi kegilaan muda-mudi sekarang seperti 2PM, Kara, Orange Caramel, SuperJunior and bla bla bla.Yang menimbulkan persoalan aku, asal ada je penyanyi korea yang perform dekat konsert, pasti si gegurl terkena histeria akibat terpukau, ahahhaa =.=
Kekadang aku tersenyum sendirian melihat gelagat gegurl tuh.Nak buat macam mane kan? Fanatik punya pasal, aku pun layan jela hahaha.Dengan berbekalkan muka jambu, hidung mancung, dengan rambut terpacak.Belum masuk lagi dengan fashion yang tiptop gitu yang membuatkan gadis-gadis sekalian tidak tidur lena time waktu malam (alahaii, kenapa hiperbola sangat ayat aku ni?).Dimanakah hilangnya lelaki malaysia?
So, Jom kita bandingkan dan lihat perbezaan Lelaki Malaysia dengan Lelaki Korea yang menjadi idaman gadis-gadis sekalian (tidak termasuk aku okey, kihkihkihkih) =.=
Rupa yang tersangat la comel
Err comel sangat ke? Pada pendapat aku, mungkin gegurl suka dengan lelaki korea berbanding lelaki malaysia mungkin disebabkan rupa dorang yang superjunior comel plus kiut koott! Dan aspek ini juga memang meruntunkan jiwa gadis-gadis di luar sana.Muka pun licin je, takde jerawat langsung macam pakai pencuci muka SK-II.Hahaha cuba korang terjah dekat google, search lelaki korea.Hensem kan dorang? Auwww sweet tapi tak bagi aku! Haha sebab aku hati kering, tak terpikat langsung okay dengan mamat korea ni okay? Kihkihkihkih ;)
Lelaki korea sangat romantis & pandai amek hati
Siapa sokong statement aku di atas, sila angkat kening? Okay ni aku tipu je sebab aku tahu korang tak akan buat huhukhuk.Lelaki korea romantik? Tu yang dikatakan oleh membe kamcing aku.Mungkin diorang gentlemen and respect wanita.Tu sebab perempuan sekarang tergila-gilakan lelaki korea! Even lelaki malaysia juga ada yang romantik, tapi ia semakin pupus.Bukan aku nak katakan lelaki malaysia ni tak romantik just mungkin sekarang ni bila baca paper, kita pasti akan dengar kes penderaan wanita dan sebagainya yang membuatkan ramai wanita Malaysia beralih angin kepada lelaki korea pulak.Hahaha
Bukan kaki merempit
Untunglah dapat lelaki yang bukan kaki rempit.Kemungkinan juga lelaki korea ini bukan di kalangan kaki merempit macam SESETENGAH lelaki malaysia ni.Mungkin faktor itu yang menyebabkan gegurl terkena histeria tanpa diduga. Yela, lagipun mungkin lelaki malaysia banyak kaki rempit, lumba haram tak hengat dunia lagi-lagi isu mat rempit yang tidak pernah lenyap dalam akhbar mahupun media.Kan kan kan?
Fesyen yang trendy & gergous
Okay yang ini memang aku tak dapat nafikan di mana aku suka style lelaki korea.Tapi tak ada la sampai tergila-gilakan dorang.Just jadi sebagai sumber inspirasi ecehhhhh.Menyampah betul dengan perasaan macam ni **lari topik.Hehe yang aku boleh katakan di sini lelaki korea berani bereksperimen dalam berfesyen.Ditambah lagi dengan skinny jeans colourful, dengan aksesori yang membuatkan muke dorang double comel, fashion rambut yang meletupp gituu.Hahah tetapi lelaki Malaysia just berani pakai t-shirt and jeans je.Mungkin lelaki korea ni bijak bereksperimen dalam berfesyen yang membikinkan hati gadis di luar sana cair bagaikan coklat, chewwwwwaah ;)
Lagi ape eyh? Otak aku dah beku nak tulis post ni.Korang ada idea tak? Boleh la tambah-tambah sket dekat ruangan comment hihihi.Eh eh kalau ade lelaki yang terbaca post ni, korang jangan kecik hati ye.Sebab entri ini just untuk suka-suka, takde niat pun nak jatuhkan lelaki malaysia.
Hehe but guys jangan risau, even kami wanita Malaysia sefanatik mana pun dengan mamat korea tetapi Lelaki Malaysia tetap menjadi idaman kalbu.Ecehhh chewaahh. <---- ini fakta yang tak dapat disangkal lagi okay.Guys watch out! Jangan sentap okay dengan post kali ini, eheheh lagipun setiap manusia ada pandangan masing-masing.Lagipun kita sebagai manusia mudah tertawan dengan sesuatu yang indah? Tak gituuu? Heheheh peace ;)
p/s : any comments? Lelaki Malaysia VS Lelaki Korea? Manakah menjadi idaman kalbu? ecehhh <---- soalan cepumas @ soalan spot SPM, kihkihkih ;)
29 marshmallow komen