Tutorial Ringankan Blog Dengan CSS Compressor
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.
Wahhhh rasanya dah lama kan D'ya tak update tentang tutorial blog kan? Alhamdulillah, ramai juga yang request tutorial dari D'ya.D'ya akan try untuk tunaikan semua permintaan follower D'ya tapi malangnya kekadang diri ini tidak berkesempatan nak buat tutorial eceeehhh.Okay kali ini D'ya akan berkongsi cara untuk ringankan blog dengan CSS Compressor? Apa ke benda menatang tu?
Ramai blogger tahu betapa pentingnya berat sesebuah blog.Nak tahu apa kebaikan kalau blog kita menjadi ringan? Selain memudahkan pengunjung, blog yang ringan juga lebih mesra SEO kerana robot SEO tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks blog (ecehhh, hiperbola ayat nampak?)
Seelok-eloknya berat blog tidaklah melebihi 100 kb.Macam mana ye nak check berat blog kita? Sama ada dah cecah tahap obesiti atau tidak kihkihkih? Kalau nak timbang berat blog korang, boleh je klik SINI.Banyak cara sebenarnya nak ringankan blog ni, just google je terus dapat info kan? Selalu yang kita dengar kena buang widget-widget yang tak penting.
Tapi kalau cara buang widget tu still tak berkesan, korang boleh gunakan tutorial ini sebagai salah satu alternatif untuk ringankan dan slimkan blog korang tuhh dengan menggunakan CSS Compress.But korang kene ikut step by step okay, jangan skip sekali pun.Let's tutorial ;)
Pergi ke design > edit HTML > Sebagai langkah keselamatan, backup dulu template dengan 'klik download template'
Kemudian buka pula website CSS Compressor
Pergi balik dekat edit HTML korang tuhh.Tak perlu tick Expand Widget Templates.Copy bermula <b:skin> dan ]]></b:skin>
**Okay D'ya tahu pasti ramai antara korang yang pening kan? D'ya akan try pahamkan korang code yang mana perlu korang copy.Cari code <b:skin>. Korang perlu copy code selepasnya.Paham tak? Boleh tengok gambar di bawah sebagai rujukan.
Terus highlight kan code tu sampai sebelum ]]></b:skin>.Sila lihat gambar di bawah kalau still kurang paham.
Pergi website CSS Compress tadi.Pada compression mode, kekalkan pada Normal.Tapi kalau agak-agak korang ni memang DOUBLE HEBAT dalam main coding blog, boleh tick pada super compact.Apa yang akan jadi? Jarak code tu akan menjadi semakin rapat.Nanti boleh la cuba ye ;)
Seterusnya pada comments handling pula, korang kena pilih Don't strip any comments.Di ruang kosong Insert CSS code, korang paste kan code yang korang dah copy kat atas tadi.Dan jangan lupa klik Compress it! Korang akan dibawa dekat page yang lain.Kemudian korang hanya perlu copy code yang korang dah siap compress tadi.Klik highlight dan ia akan automatik copy code itu.
Pergi Edit HTML blog, korang paste kan code yang di compress tadi di antara <b:skin> dan ]]></b:skin>.Maksudnya korang hanya perlu gantikan code tadi sebelum di compress.Paham kan? Preview dulu.Kalau tak ada apa-apa error boleh la save.
Yeahh, akhirnya save! You see, blog korang akan menjadi slim macam model to gituu.Harap-harap korang paham k tutorial kali ini.Selamat mencuba ;)
credit gambar : Tia
p/s: huh, penat nak buat tutorial ni, apa kata korang like,comment dan tekan iklan blog ini ;) hehehe =.=
14 marshmallow komen